ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, July 31, 2010

Minggu Penyusuan Susu Ibu 2010

Semua sudah maklum bahawa setiap tahun pada Ogos minggu pertama merupakan minggu penyusuan susu ibu..

Tahun ini sambutan minggu penyusuan susu ibu bertajuk
"Penyusuan ibu hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi"


Rasional
  • Kemudahan penjagaan kesihatan memainkan peranan penting dalam pewujudan penyusuan ibu.
  • 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Ibu Yang Berjaya memberi laluan sokongan untuk membolehkan wanita mencapai tujuan penyusuan mereka dan sebagai panduan dalam latihan kakitangan penjagaan kesihatan untuk menyokong penyusuan ibu.
  • Minggu Penyusuan Ibu Sedunia tahun ini memperingati ulang tahun ke 20 Deklarasi Innocenti yang menyeru perlaksanaan 10 Langkah tersebut di semua kemudahan perbidanan.
  • Sepanjang 20 tahun ini, lebih 20,000 pusat perbidanan, atau lebih kurang 28% dari semua pusat perbidanan di seluruh dunia telah melaksanakan kesemua 10 Langkah dan telah diiktiraf oleh Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI).
  • Sepanjang tempoh ini, kadar penyusuan eksklusif juga telah bertambah.
  • Walau bagaimanapun, kemerosotan pemprograman BFHI di seluruh dunia, kekurangan latihan, dan pematuhan 10 Langkah yang lemah di pusat perbidanan yang telah diiktiraf, menyumbang kepada kepegunan dan kemerosotan kadar penyusuan eksklusif di kebanyakan tempat.
  • Telah tiba masanya untuk menyemak semula pendekatan ini dan menentukan hala
    tuju kita seterusnya.
Objektif Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2010
  • Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap peranan 10 Langkah dalam penyusuan eksklusif.
  • Untuk menggiat semula aktiviti dalam kalangan sistem kesihatan, penyedia perkhidmatan kesihatan dan komuniti dalam memberi sokongan terhadap wanita untuk mencapai hasrat penyusuan ibu mereka.
  • Untuk memaklumkan orang ramai di serata tempat bahawa perlindungan, promosi dan sokongan penyusuan ibu adalah hak ibu, hak bayi serta hak asasi manusia.
  • Untuk membolehkan wanita dan semua yang pihak yang prihatin tentang hak asasi manusia memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan sistem penjagaan kesihatan yang menyokong penyusuan ibu.
  • Untuk memastikan kakitangan kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada ibu dan bayi mendapat latihan secukupnya dalam memberi nasihat dan sokongan tentang pemakanan bayi yang optimum.

    10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA

    1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
    2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
    3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
    4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
    5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
    6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
    7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
    8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
    9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
    10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
    maklumat lanjut boleh rujuk di WorldBreastfeedingWeek.org

    Terdapat pelbagai program yang dianjurkan sempena minggu penyusuan susu ibu.
    Rujuk duniasusuibu.com untuk maklumat lanjut

Friday, July 30, 2010

Relaktasi

Untuk para ibu yang ingin mencuba kaedah relaktasi..

Relaktasi: menyusukan kembali bayi yang sama apabila seorang ibu telah berhenti menyusu atas sebab-sebab tertentu

Ibu petik artikel dari momchoice

Definisi relaktasi (relactation) menurut Dr. Jack Newman,

Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.

Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.

Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:

  1. memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
  2. mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).

Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:

Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti

  • Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
  • Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.


Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?

  • Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
  • Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
  • Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.

Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?

  • Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.
  • Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
  • Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.

Faktor #4 – Kesediaan ibu.

  • Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
  • Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
  • Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.

Bagaimana caranya?

1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.

  • Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
  • Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
  1. Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
  2. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
  3. Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  4. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  5. Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  6. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
  • Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
  1. bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
  2. bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
  • Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan. Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
  • Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
  • Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
  • Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
  • Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
  • Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
  • Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu, jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.

2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.

  • Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
  • Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
  • Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
  • Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  1. perah/pam dengan kerap
  2. makan makanan berkhasiat dan seimbang
  3. makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  4. menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  5. kurangkan stress
  6. berfikiran positif

Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman; kellymom.com, naturalchildbirth.org, idahopublichealth.com

Friday, July 23, 2010

Kelebihan Surah Al Kauthar


Kali ini ibu nak highlightkan tentang kelebihan surah Al-Kauthar dan kaitan dalam penyusuan.

Al Kauthar bermaksud sungai di dalam syurga.. Airnya tidak berhenti mengalir, warnanya lebih putih dari susu, rasanya lebih manis dari madu cdan lebih wangi dari kasturi.. Masya Allah.

Banyak kelebihan surah Al Kauthar ini.. Ibu copy paste dari satu blog ni

1.Surah ini paling pendek,hanya mengandungi 3 ayat dan di turunkan di mekah dan bermaksud sungai di syurga.
2.Kolam sungai ini di perbuat daripada batu permata nan indah dan cantik
3.Rasanya lebih manis daripada madu,warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang di kasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1.Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T. makbulkan doa kita.
2.Jika kita kehausan dan tiada air,bacalah surah ini dan gosok di leher,insyaAllah hilang dahaga.
3.Jika sering sakit mata, seperti berair,gatal,bengkak,sapurkan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
4.Jika rumah dipercayai terkena sihir,baca surah ini 10 kali,mudah-mudahan Allah S.W.T. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
5.Jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan bertambah.
6.Jika rajin membacanya,hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7.Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.

Ibu nak share tentang surah ini dalam penyusuan.. Ibu ada terbaca post oleh Kak Kamariah (ibu pun dah lupa post tahun bila)
Semasa menyusukan anak, amalkan surah Al Kauthar dan berdoa agar Allah kurniakan air susu kita seumpama air sungai Kauthar.

Ibu juga ada terbaca dalam satu blog atau forum (ibu pun lupa sumber dia), tapi seorang ibu ada menceritakan, selepas kelahiran bayinya, breatnya tidak membengkak.. lalu suaminya mengurut breast sambil membaca surah Al Kauthar, dengan izin Allah, susu ibu tersebut keluar mencurah-curah.. Masya Allah..

Dan semasa puasa nanti (ini juga tips dari Kak Kamariah).. semasa hampir waktu Imsak, minum segelas air kosong dan baca surah Al Kauthar.. Niatkan supaya susu kita tidak berhenti dan sentiasa mengalir untuk anak kita.. Insya Allah...

Yang baik itu untuk dikongsi bersama... Wallahualam

Farish 2 tahun 3 bulan, Firas 9 bulan

Lama tak cerita pasal perkembangan anak-anak ibu...

Farish dah 2tahun 3 bulan 4hb Julai hari tu. Sekarang ni Farish makin lasak, tapi lebih mendengar kata (terutama kata-kata ibu)..
Makin nakal, suka usik Firas, nak-nak Firas pulak pantang kena usik, asyik meraung jer, lagilah Farish suka.
Suka juga menyakat ibu dan abi. Suka buat memek-memek muka yang lucu.
Asyik bercakap jer.. Sepanjang naik kereta, takde benda lain Farish sebut, melainkan menamakan kereta siapa yang lalu lalang.

Makan sendiri, suap sendiri, kejap tangan kiri, kejap kanan.. masih belum ada dominant hand lagi.
Tak suka nak pakai pampers kat rumah, dah nak start toilet train la kononnya, tapi asyik tercicir jer.. ibu yang tak sabar, terus pakai pampers balik

Amat kuat merajuk.. kalau merajuk, akan tunduk, takkan tegur dengan orang tu.

Firas pulak...
Sekarang ni dah sangat aktif memanjat, dan mula berangan lepas tangan bila berdiri.. eksyen, pastu dup jatuh.. nasib baik pakai CD, takdelah sakit montot tu.
Mulut pun riuh macam Farish, kadang tu berlawan menjerit ngan abang.
Masih reverse cycling... susu kat rumah mak Ani kadang tu 7oz jer minum.. tapi malam, ibu takleh nak berenggang.
Pandai berebut barang ngan abang Farish.
Makin kuat separation anxiety.
Mula belajar beralan dengan menolak kerusi dan juga bakul baju ibu..
Rajin memunggah.
Pantang nampak orang makan, laju jer gi usha pinggan orang

Itu ajer perkembangan terkini buah hati ibu... gambar, nanti ibu upload.. (dah lama tak amik gambar)


Friday, July 16, 2010

Pengurusan EBM semasa travelling

Ibu ingin berkongsi pengalaman ibu membawa EBM semasa ibu pergi meeting di KL baru-baru ini.

Perjalanan ibu mengambil masa 18jam.. Ibu keluar seawal 4.30am dari rumah untuk ke Airport Penang, dan tiba semula ke rumah pada jam 10.30pm.

Ibu mulanya tak confident, tapi ibu try dan Alhamdulillah, berjaya.

Ibu bawa cooler bag ibu bersama 2 ice brite berlekuk (coleman) + 2 icepack MLO.
coleman brite ice MLO icepacks
gambar ihsan dari Googles

Ibu susun susu macam kat bawah ni.

Letak 1 ice brite kat tengah2, letak EBM disekelilingnya. cooler bag ibu boleh muat 8 botol. Letak icepack pada sisi botol (sebenarnya ibu nak letak kat kedua2 sisi botol tapi tak boleh zip)

Lastly letak ice brite kat atas botol..

pastu zip cooler bag sezipnya (bahasa apakah ini?)


Amazingly, sampai kat rumah kul 10.30pm tu, icepack MLO baru separuh mencair, icebrite tu bila goncang, dengar bunyi air sedikit jer, mean tak cair sepenuhnya.. Dan yang pastinya EBM sejuk macam kat dalam fridge..

Ibu tidak mempromosikan sebarang jenama cooler bag, @ icepack.
Yang penting semasa membeli pastikan cooler bag anda mempunyai lapisan dalamnya sedikit tebal untuk mengelakan pengudaraan masuk ke dalam bag.
ice pack dan brite ice pastikan disejukkan lebih lama sebelum digunakan.
(ibu tak guna brite ice dan icepack tu dekat seminggu, biar dalam freezer jer)

Kalau takde cooler bag @ icepack.brite ice.. boleh guna cooler box @ bekas polisterin dan juga ais ketul.
ais ketul tu kenalah ganti selalu..

Ini untuk sehari perjalanan.. sekiranya tempat mesyuarat anda mengizinkan anda menumpangkan fridge... takde masalah.. tak perlu bawa banyak icepack dan brite ice..

Monday, July 5, 2010

Perlukah susu lain selepas 2 tahun menyusu dengan susu ibu?

Ibu copypaste komen Pn. Kamariah dalam susuibu.com di bawah ni

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.
Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.
Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!
Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing.

Sunday, July 4, 2010

Kandungan susu ibu

Mari kita lihat apa yang ada dalam susu ibu



Nampak tak perbezaan antara susu ibu dan susu tiruan.. Susu tiruan hanya mempunyai 50% jer dari kandungan susu ibu..

Dan ini ibu copy paste dari satu forum yang ibu jumpa'
khasiat susu ibu...

Lemak
* Kaya dengan agen pembentukan otak iaitu omega 3 dikenali sebagai DHA dan AA.
* Telah diubahsuai secara automatik untuk menepati keperluan bayi.
* Kaya dengan kolestrol.
* Kadar penyerapan yang hampir sempurna.
* Mengandungi lemak yang membantu proses penghadaman yang dikenali 'lipase'

Protein
* Dadih yang terhasil lebih lembut dan mudah dihadamkan.
* Kadar penyerapan yang hampir sempurna, lebih tinggi dalam susu yang dihasilkan oleh ibu yang bersalin awal.
* 'Lactoferrin' untuk kesihatan usus.
* Kaya dengan protein yang membantu dalam pembentukan otak dan tubuh.
* Kaya dalam faktor tumbesaran.

Karbohidrat
* Kaya dengan laktosa.
* Kaya dengan 'oligosaccharides' yang membantu kesihatan usus

Penggalak sistem imun
* Banyak dalam sistem darah putih dan berjuta dalam setiap penyusuan.
* Kaya dengan immunoglobulin.

Vitamin & mineral

* Lebih mudah menyerap terutamanya besi, zink dan kalsium.
* Besi akan diserap di antara 50-75%.
* Mengandungi lebih banyak selenium (anti-oksida).

Hormon & enzim

* Kaya dengan enzim penghadaman seperti lipase dan amylase.
* Juga kaya dengan pelbagai hormon lain seperti thyroid, prolaktin, oxytocin dan banyak lagi.
* Pelbagai bergantung kepada diet ibu.

Friday, July 2, 2010

Selepas 8 bulan tandem nursing

Sekejap jer rasa masa berlalu. Alhamdulillah, ibu dan abi rasa dah lepas tanggungjawab terhadap Farish. Kerna ibu dan abi pernah berjanji untuk meneruskan penyusuan buat Farish sehingga Farish genap 2 tahun.

Farish dalam erti kata sebenar bukanlah fully BF sejak ibu pregnant balik. Farish dah campur ngan fresh milk, ABM dan minuman-minuman lain.. Cuma Farish masih direct BF setiapkali ibu ada bersama.. Dan sehingga menimbulkan kehairanan kawan-kawan ibu melihat Farish dan Firas bersilih ganti berkepit ngan ibu.

Sebenarnya ketika ibu dapat tahu ibu mengandungkan Firas, ibu rasa bersalah terhadap Farish kerana janji ibu untuk menyusukan Farish sepenuhnya tidak tertunai. Maka dengan izin abi, ibu meneruskan penyusuan untuk Farish semasa mengandung (secara direct sahaja) dan berkongsi menyusu (tandem nursing) bersama Firas.

Satu keputusan yang berat sebenarnya. Tatkala ibu melahirkan Firas, Farish seakan-akan mahu perhatian lebih. Apatah pula ketika itu susu ibu sentiasa penuh, Farish akan hisap sepuasnya (balas dendam mungkin menghisap breast kosong semasa ibu pregnant dulu).
Dan ibu juga cuak bila ibu tak dapat nak mengepam untuk stok Firas kerana selepas Farish menyusu, breast ibu dah rasa lembut (dikosongkan)..

Ibu mengambil keputusan untuk tidak memberikan EBM kepada Farish di rumah mak Ani kerana ibu takut tidak terkejar untuk menyediakan EBM secukupnya untuk kedua2 anak ibu. Maka hanya Firas sahaja yang minum EBM sepanjang ketiadaan ibu. Tapi Farish sendiri reject EBM. Bila ibu suakan EBM Farish lantang berkata "susu Iyash (Firas)". Tapi ibu selalu jer campurkan balance EBM dalam minuman Farish.

keputusan tandem nursing ni memang memerlukan kekuatan. Ibu kadang tu hampir tak boleh bergerak ke mana-mana. Selepas Firas, Farish, selepas Farish, Firas pulak. Malam-malam ibu berjaga berkali-kali untuk menyusukan kedua2 anak ibu. Tapi ibu redha, kerana itu keputusan yang ibu ambil.

Ikutkan,ibu dah sempurnakan niat ibu buat Farish. Tapi terlalu amat sukar untuk wean off Farish. Farish akan sentiasa meminta dan meminta. Kadang tu ibu refused, Farish akan datang dengan mata kuyunya dan mengucup pipi, dahi dan mulut ibu sambil berkata "nak t*t*k".. tak sampai hati ibu nak hampakan permintaan anak ibu. Maka ibu membiarkan sahaja Farish menyusu selama mana yang dia mahu..Biar Farish sendiri yang berhenti, bukan dipaksa berhenti.

Rezeki itu di tangan Allah. Pada peringkat awal ibu risau takut ibu tak mampu buat stok dan bekalkan EBM secukupnya buat Firas, alhamdulillah, Allah berikan rezeki EBM yang melimpah ruah buat anak-anak ibu.

Ini stok EBM ibu yang terkini. Kalau korang nampak dalam plastik tu masih ada stok EBM bulan Februari yang belum diusik, yang sebelahnya itu adalah EBM Jun yang belum packing lagi. Klaau EBM jun tu dipacking, tak muat dah DF ibu..

Sekarang ni ibu pulak bermasalah nak simpan stok. Susu ibu dah terlalu padat dalam deep freezer. Sehingga kini stok EBm ibu sudah mencecah 260 pek berisi antara 3.5oz hingga 5oz setiap satu. Itupun setiap hari ibu akan keluarkan untuk dicampurkan ke dalam makanan Firas dan juga minuman Farish,

Ibu terfikir, nak tukar ke deep freezer lebih besar atau bagaimana? Ada orang nak beli tak DF ibu.. masih under warranty lagi (5 years warranty).. tapi abi belum bagi greenlight lagi untuk tukar DF sebab abi dok aim TV LED.

atau

Selain susu ibu........

Ramai yang berpendapat susu tiruan boleh mengantikan susu ibu kerana susu tiruan telah diformulasi sesuai dengan kehendak bayi.. Ibu kurang setuju dengan statement tersebut.

Kerana susu manusia hanya untuk manusia. Ibu ingat lagi cerita Suraya time SGM.
Setiap mamalia menyusukan anak mereka. Dan setiap susu mamalia adalah berbeza mengikut keperluan bayi mamalia tersebut. Contohnya susu kijang mengandungi kandungan protein yang tinggi kerana anak kijang perlukan protein untuk perkembangan otot2 kijang supaya boleh berlari laju.

Begitu juga dengan anak badak air, susu badak air tinggi lemak kerana mereka perlukan lemak tersebut bagi membentuk struktur badan mereka. Yelah kan, badak airkan dok dalam air jer, maka mereka memerlukan lemak yang tinggi.

Kalau nak dibandingkan susu mamalia dan manusia, hanya 1 haiwan di mana kandungannya hampir sama dengan manusia.. Dan mamalia itu bukanlah lembu @ kambing tetapi

GORILLA

Susu gorilla mengandungi kandungan yang hampir menyamai susu manusia
Tapi kenapa manusia menggunakan susu lembu.

Ini kerana lembu adalah haiwan ternakan yang jinak. Dan lembu mampu menghasilkan susu yang melimpah ruah berbanding mamalia lain

Susu gorilla adalah sedikit dan mencukupi untuk anaknya sahaja. Dan adakah anda berani untuk mengepam susu gorilla seandainya anda berjumpa gorilla sebegini

Gorilla adalah haiwan liar yang garang, dan tidak sesuai diternak seperti lembu, apatah lagi untuk mengambil susunya.

Related Posts with Thumbnails