ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, July 23, 2010

Kelebihan Surah Al Kauthar


Kali ini ibu nak highlightkan tentang kelebihan surah Al-Kauthar dan kaitan dalam penyusuan.

Al Kauthar bermaksud sungai di dalam syurga.. Airnya tidak berhenti mengalir, warnanya lebih putih dari susu, rasanya lebih manis dari madu cdan lebih wangi dari kasturi.. Masya Allah.

Banyak kelebihan surah Al Kauthar ini.. Ibu copy paste dari satu blog ni

1.Surah ini paling pendek,hanya mengandungi 3 ayat dan di turunkan di mekah dan bermaksud sungai di syurga.
2.Kolam sungai ini di perbuat daripada batu permata nan indah dan cantik
3.Rasanya lebih manis daripada madu,warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang di kasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1.Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T. makbulkan doa kita.
2.Jika kita kehausan dan tiada air,bacalah surah ini dan gosok di leher,insyaAllah hilang dahaga.
3.Jika sering sakit mata, seperti berair,gatal,bengkak,sapurkan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
4.Jika rumah dipercayai terkena sihir,baca surah ini 10 kali,mudah-mudahan Allah S.W.T. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
5.Jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan bertambah.
6.Jika rajin membacanya,hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7.Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.

Ibu nak share tentang surah ini dalam penyusuan.. Ibu ada terbaca post oleh Kak Kamariah (ibu pun dah lupa post tahun bila)
Semasa menyusukan anak, amalkan surah Al Kauthar dan berdoa agar Allah kurniakan air susu kita seumpama air sungai Kauthar.

Ibu juga ada terbaca dalam satu blog atau forum (ibu pun lupa sumber dia), tapi seorang ibu ada menceritakan, selepas kelahiran bayinya, breatnya tidak membengkak.. lalu suaminya mengurut breast sambil membaca surah Al Kauthar, dengan izin Allah, susu ibu tersebut keluar mencurah-curah.. Masya Allah..

Dan semasa puasa nanti (ini juga tips dari Kak Kamariah).. semasa hampir waktu Imsak, minum segelas air kosong dan baca surah Al Kauthar.. Niatkan supaya susu kita tidak berhenti dan sentiasa mengalir untuk anak kita.. Insya Allah...

Yang baik itu untuk dikongsi bersama... Wallahualam

2 comments:

  1. thanks share info ni..
    kebetulan sy nyusukan anak,dan mengandung sebulan tuk sambut ramadan nti..
    adakah kah susu akan kering ketika kita ngandung?

    ReplyDelete
  2. Ashra,sorry lambat reply..
    Bergantung kepada individu.Ada yang tak terjejas pengeluaran susunya, tapi ada yang terjejas.

    Semasa hamil, berlaku perubahan hormon, maka disebabkan itu pengeluaran susu turut terjejas.

    Agak sukar ketika hamil untuk meningkatkan kuantiti susu..

    Yang penting, jaga pemakanandan kesihatan

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails