ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Monday, November 29, 2010

Seumpama kembar

Betullah orang kata, bila anak rapat ni, bila reach certain age, nampak cam kembar dah.

Farish 2thn7bulan, Firas 13bulan, but fizikal dah hampir sama besar, cuma perut Farish lebih maju ke depan.

Sekarang baju Farish yang 1-2 years semua dah jadi milik Firas. Sorry yer Firas, ibu danabi tak banyak shopping baju baru untuk Firas sebab baju abang banyak yang baru pakai sekali dua, pastu dah ketat.. Tetap baju baru buat Firas kan.

Now kalau shoping baju, mesti nak pilih baju sama corak. Biasanya amik saiz S untuk Firas dan M untuk Farish atau baju saiz 2y untuk Firas, 3/4y untuk Farish. So mana2 pergi baju sama.
Seluar pun colour sama, cuma kadang tu susah sikit nak cari brand sama sebab saiz Firas tak banyak sangat.

Selain daripada pakaian, ada lagi perkara yang menjadikan mereka kembar. Kalau salah sorang demam, sorang lagi pun join sama. Kalau selesema, sorang lagi pun join gak.. Dan paling kerap, bila sorang poo, sorang lagi akan menyusul. Ibu selalu perhatikan, bila ibu dah siap cuci poo Farish/Firas, pastu still hidung ibu ada terbau, rupanya lagi sorang pun dah buat saham jugak.

Bab BF, memang dah jadi kembar since dulu lagi. Dua2 tak mau mengalah.

Sekarang ni Firas banyak tiru perbuatan dan pertuturan Farish. Walaupun bunyinya tak betul, tapi boleh la dengar. Farish suka sangat menyanyi, dan sekarang pun selalu dengar Firas seakan2 menyanyi gak. Farish paling suka nyanyi lagi "Cari Jodoh".. bila Farish sebut "Ibu ibu, bapak-bapak", Firas pun ikut dari belakang "papapapapapa", bila Farish nyanyi lagu "ibu", Firas pun ikut dari belakang "uuuuu"..

Faedah anak yang agak rapat ni adalah dari segi perkembangan sosial. Selalunya anak kedua akan mudah develop skill kerana model dia sentiasa berada depan mata. Memang nampak sangat banyak tingkah laku Farish, dah terserap dalam diri Firas.

Dan paling best, kedua2nya akan merap abi dia tiap kali abi melangkah keluar rumah.. Kalau dulu Farish sorang jer, sekarang Fairsh dan Firas akan pegang sorang sebelah kaki bilamana abi berada dekat ngan pintu keluar.. Kalau dulu adik kena mengalah, sekarang ni, tidak lagi.. Kalau nak bawa keluar, kena bawa 2,2 sekali... So,, tinggallah ibu sorang2 kat rumah, bolehlah relax sikit sambil layan FB, blog dan forum.. hehehe!

(dah lama tak ambik gambar mereka berdua, nantilah ada post menarik, ibu paste kat sini)

Friday, November 26, 2010

Nak wean off ke tak nak?

Farish dah masuk 2tahun 8 bulan dah, dan masih direct BF. Dengan kata lain masih tandem nursing dengan Firas selama hampir 14 bulan dah.

Dulu plan nak tandem sampai umur Farish 2 tahun jer, tapi kesian pulak sebab Firas masih aktif menyusu.

Nenek dia dah bising, sampai bila Farish nak menyusu lagi.. Tapi ibu cuma cakap, Farish bukan menyusu pun, lepas gian jer. Since dari ibu pregnant lagi, MIL tak bagi Farish menyusu. Pas lahir dia tak bising sangat, tapi ada satu masa, dia suruh stop juga. Bukan sorang tapi untuk 2,2 orang. Farish dan Firas. Nak-nak sekarang Firas pun dah nak masuk 14 bulan. Macam-macam petua yang MIL bagi, tapi tak buat pun..

Since after period, memang susu ibu dah tak semewah dulu. Kadang2 sebab dua2 orang menyusu, rasa macam tak larat sangat. Banyak kerja tertangguh, sebab ibu akan teritidur sekali, sampai pagi.

Sekarang ni ibu slowly wean off Farish. Ibu dah buat perjanjian, Farish nak T waktu nak tido malam jer tau. Time janji tu memang dia angguk, tapi mana tahan tengok adik boleh menyusu suka hati. Tapi lately ni dia makin faham, sebab ibu selalu slow talk ngan Farish bahawa Farish dah besar. Dah boleh minum milo, vitagen, susu kotak, ais kacang pun abang boleh minum. Adik kena hisap T ibu lagi, sebab adik tak boleh minum yang lain macam abang.

Tapi malam menjelma, memang dia demand. Pernah juga bila menyusu, cakap T ibu sakit, dia lepaslah, dan boleh tido sendiri.. Tapi kadang tu malam2 dia mengigau "Ibu, nak T ibu, Ish nak T ibu".. Aduh! sayunya..

Dalam pada masa yang sama ibu pun khuatir, kalau ibu tak wean off Farish dan dengan rezeki Allah ibu pregnant lagi, adakah ibu akan triple nursing??

Saturday, November 20, 2010

Pengurusan Expired EBM

Semalam ibu baru saja mengorbankan lebih kurang 33 bungkus EBM yang telah expired. semua EBM tu adalah EBM April 2010. Maknanya dah 7 bulan kan. Rasa lega sikit tengok DF mula bernyawa.
Ibu sukat EBM tu, letak dalam jag, Alhamdulillah, dekat 3 liter gak amaun dia. Tapi dah expired kan.
Jangan cakap ibu tak sedih terpaksa buang EBM. Tapi ibu lebih pentingkan kesihatan anak-anak. Macam yang ibu selalu tulis, ibu memang pentingkan fresh EBM untuk bekalan. Selagi ibu mampu sediakan fresh EBM, frozen ni memang tak terusik langsung.

Frozen EBM ibu semua berada dalam liner. So ibu defrost dulu. Rendam dalam besen. Lepas tu tuang dalam jag. Liner tu kena buang la sebab sekali guna jer.

Ada pelbagai cara nak lupuskan frozen EBM ni.
Ada orang buat facial, ada orang buat mandi susu.Ada juga orang buat mandian untuk baby.
Tapi kalau ikut orang tua2, susu ibu ni tak boleh kena kemaluan anak, ibu pun tak tahu kenapa.

Ibu pernah try guna buat facial, tapi bau frozen EBM ni pelik sikit. ibu yang tak tahan.

So far, expired EBM ibu, ibu selalu buat siraman pokok2 ibu. Semalam, ibu tuang EBM ibu kat pangkal pokok kelapa pandan kami. Moga-moga kelapa kami akan menjadi lemak
(susu lemak manis, santan kepala muda)

Ibu takdan snap gambar semalam, kamera tengah di charge baterinya.

Hari Raya Aidiladha 1431

Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ke4 kami dapat merayakan hari raya Qurban. Kalau tahun lepas, time raya Qurban ni, ibu masih berada dalam pantang selepas melahirkan Firas.. Tak silap ibu raya tahun lepas jatuh pada hari ke42 pantang. Dalam pantang pun ibu pergi beraya tau.

Tahun ni seperti biasa ibu balik kampung abi kat Kangar. Seperti biasa awal-awal pagi, ibu dan abi akan pergi ke masjid menunaikan solat sunat hari raya. Tahun ni abi bawa Farish sekali. Elok la kan, biar anak-anak kecil kenal masjid seawal usia, nanti besar takdelah liat nak gi masjid kan.
Firas kena tinggal dengan mak2 sedara dia. Mencuka jer muka FIras dari ibu tinggalkan sampai ibu balik sembahyang.
Farish menurut abi, time takbir sebelum solat sampai baca doa lepas solat, very good behave. Duduk jer, sambil goyang2 badan bertakbir. Tapi bila stat baca khutbah, mulalah nak meneroka. Mana taknya, budak2 lain pun time tu ramai yang dah ke hulu ke hilir.

Pas habis solat raya, kami balik rumah. Sampai jer kat rumah, abi terus salin baju pergi tolong orang sembelih korban. Ibu pun ikut sekali bawa Farish dan Firas sekali.

Abi tunjuk skill melapah daging. Abi memang minat kerja-kerja sembelih ni. Lagipun dah biasa melapah orang kat dewan bedah, apalah sangat melapah lembu ni kan.

Firas excited tengok lembu kena rebah. Tapi Farish dok sembunyi belakang ibu.. Rupanya anak ibu yang nampak macho ni penakut rupanya. Last2 ibu letak Farish jauh sikit, dan dia dok situ tak bergerak2. Firas pulak asyik nak turun kat tanah jer. Ibu malaslah, nanti confirm baju kotor punya. Last2 ibu parking Firas atas motor jer..
Farish berani dari jauh jer


Firas kena letak atas motor, kalau tak habisla dia nak meneroka nanti


Pas habis korban, balik rumah, petang tu pergi menziarahi sedara sebelah abi kat kawasan cuphing.

Raya kedua, balik kampung ibu pulak. Hari tu sepupu ibu buat korban dan kenduri kahwin sekali. Ibu tak bermalam kat rumah ibu, kena balik sebab esoknya abi ada projek lain.

Hmm.. entahlah, tahun ni suasana raya kurang ibu rasakan. Mungkin sebab baru saja lepas banjir, maka orang tak berapa nak beria menyambut raya.
Ibu kenangkan zaman ibu kat kampung ibu dulu. Raya haji sama meriahnya macam raya Puasa. Kutip duit raya, cuma kuih raya tak semeriah semasa raya puasa la. Tapi yang bestnyer, raya haji ni boleh makan menu yang berat2. time tu baru nak merasa nasi tomato ka, beriani ka, nasi daging ka dan paling famous adalah perut dan daging cicah air asam.

Tapi lepas arwah mak tiada, ibu dah jarang balik beraya kampung ibu. Maka suasana raya macam tu ibu taktahulah masih wujud atau tidak.

Sunday, November 14, 2010

Bencana-Apakah persediaan anda?

Ingat lagi tak tema minggu penyusuan susu ibu 2009?
Tema yang berbunyi " Penyusuan susu ibu- Tindakbalas penting ketika bencana, Adakah anda bersedia?

Baru-baru ini ramai yang sedia maklum ada bencana besar berlaku di negara kita dan juga negara jiran. Bencana yang didatangkan dari Allah bagi memantapkan lagi keimanan hambaNya. Insya Allah, sekiranya kita redha, pasti ada ganjarannya nanti.

Ketika Kedah ditimpa banjir (ibu fokus kes ini sebab ibu termasuk dalam mangsa juga), bekalan air dan elektrik di beberapa kawasan terpaksa diberhentikan. Ketika kawan ibu menyatakan bahawa elektrik kat tempat dia kena off, ibu sangat-sangatlah bimbang. Bimbangkan tentang EBM ibu yang penuh satu freezer. Ibu berkira-kiranak transfer EBM ke rumah2 sedara ibu, tapi malangnya ketika itu, semua jalan terputus. Tapi Alhamdulillah, kawasan ibu tidak kena gangguan bekalan elektrik seperti tempat-tempat lain.

Namun ada beberapa kawan-kawan ibu yang EBM mereka musnah sama sekali. Ibu boleh bayangkan emosi mereka, tatkala itu pula kuantiti perahan semakin berkurangan, dan masih bergantung kepada stok EBM buat bekalan. Lebih teruk dari itu, ada juga kawan ibu yang pam elektriknya turut terkorban dalam bencana itu..

Namun , ketika bencana inilah, susu ibu adalah minuman paling selamat buat bayi anda. Bayangkan ketika banjir, air bersih tiada dan bekalan elektrik terpotong. Smemeangnya ketika banjir tersebut, air mineral di kebanyakan pasaraya sudahpun sold out. Cuba bayangkan macam mana nak dapatkan air bersih untuk menyediakan susu formula? Rumah ibu walaupun bekalan air tak teganggu, namun kualiti airnya sangat keruh. Nasib baik, sehari sebelum tu ibu dah masak berbekas2 air bersih sebagai air minuman. Kalau tidak, memang bekalan air bersih sangat kritikal.

Mungkin ada yang mengatakan, kenyangkah bayi sekiranya susu saya memang sedikit? Tak mengapa, teruskan penyusuan, anda rasa sedikit, tapi anda kena ingat Allah yang menetapkan rezeki setiap orang. Insya Allah, walaupun anda rasa sikit, tapi dah cukup buat si manja. Bagi anak yang sudah melebihi 6 bulan, boleh diberikan solid food. Jadi baby tidak akan kelaparan.

Di Indonesia, keadaan mereka lagi parah. Kejadian gunung berapi lebih jauh impaknya berbanding kesan banjir yang kami hadapi. Ibu ada terbaca post Puan Kamariah di FB nya yang menyatakan ada laporan yang menyatakan pihak tertentu telah menghantar berkotak-kotak 'susu bayi" kepadam angsa gunung berapi.. Innalillah! Bagaimana ini boleh berlaku.. Bayangkan keadaan mereka yang juga sukar mendpaat air bersih, macam mana pula nak bancuh susu formula tersebut? Dan kesan susu formula tersebut ke atas bayi tidak kita ketahui. Ya, speerti yang kita ketahui, tak semua bayi sesuai dengan susu formula brand sekian-sekian..

Maka, dengan itu, kita perlu menjangka apa yang akan berlaku ketika bencana. Buat kawan-kawan ibu yang EBM mereka musnah dalam banjir, Ingatlah itu bukan rezeki kita. Allah nak berikan rezeki yang lebih baik dari itu. Berusaha lagi. Ketika bencana, kita lebih kerap berada dengan bayi, maka susukanlah mereka lebih kerap. Ini kerana bukan sekadar mengenyangkan perut mereka, tetapi mengenyangkan rohani mereka juga.. Bersabar atas musibah..

(nanti kita boleh bincang topik ni dalam next SGM kita yer)


Saturday, November 13, 2010

Laktasi dan ubat-ubatan

Ihsan dari google image

Kali ini ibu ingin berkongsi tentang ubat-ubatan yang boleh atau tidak boleh oleh ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka.

Ramai ibu-ibu yang ragu-ragu sama ada ubat yang mereka ambil sesuai atau tidak ketika menyusu.
Di sini ibu ingin kongsi informasi yang ibu perolehi dalam website infosihat.gov.my

Kebanyakan ubat yang beredar dalam aliran darah akan hadir dengan jumlah yang kecil
dalam susu ibu. Bagi mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan, anda
haruslah berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi.

Apakah langkah pengawasan yang perlu diambil?
• Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.
• Sekiranya anda menyusu badan dan perlu mengambil ubat-ubatan tertentu, bawalah
bayi anda untuk pemeriksaan tetap bagi mengesan kesan sampingan yang mungkin
berlaku.

Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?
• Beritahulah dokor anda bahawa anda menyusu badan setiap kali anda mendapatkan rawatan.
• Berhentikan sementara ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan
• Makanlah ubat anda setiap kali selepas menyusu badan bagi memastikan kadar ubatan didalam susu berada pada kadar yang rendah bagi penyusuan seterusnya.
• Makanlah ubat-ubatan sebelum masa tidur bayi anda.
• Berhentikan menyusu badan buat sementara waktu sekiranya perlu.

Ubat-ubatan yang kerap digunakan
1. Alkohol- Penggunaan secara kerap meninggalkan kesan buruk. Risiko tetap ada bagi kegunaan sekali sekala.

2. Penahan sakit dan Analgesik
a) Paracetamol (panadol) - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini dengan pengambilan yang kerap
b) NSAIDS(Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya Diklofenak, Asid mefenamik, Naproksen dan sebagainya) - Makanlah dengan berhati-hati dan berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi berhubung ubat ubatan anda.

3. Antihistamines
a) Antasid- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
b) Chlorpheniramine, loratadine etc.- Penggunaannya tidak disyorkan. Boleh mengurangkan
pengeluaran susu ibu, dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

4. Ubat cirit-birit
a) Kaolin- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
b) Loperamid - Gunakan dengan berhatihati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
c) Atropin dengan difenoksilat - Penggunaan tidak disyorkan.

5. Kafein - Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi.

6. Sediaan ubat batuk dan selsema
a) Dekstrometorfan - Tiada sebarang kesan mudaratyang diketahui setakat ini
b) Folkodein - Gunakan dengan berhati hati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
c) Pseudoefedrin- Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

7. Ubat sedut untuk asma
a) inhaler (contoh Salbutamol, Terbutalin)- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
b) Sediaan Zat Besi untuk Anaemia- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor
c) Iodides - Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu

8. Julap (laksatif)
a) Kumpulan Pembentukan najis - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
b) Julap Perangsang - Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.

9. Nikotin
a) (contoh: Tampalan Nikotin bagi rawatan pengurangan tabiat merokok)- Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam , (Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu)

10. Vitamin- Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin
dalam kuantiti yang banyak• Jangan ambil Vitamin A dalam dos yang tinggi sewaktu hamil. (Tidak dibenarkan sewaktu hamil)

11. Ubatan cacing
a) Pirantel pamoat- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
b) Mebendazol / Albendazol - Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.


Anda juga boleh layari wesite Kellymom untuk maklumat lebih lanjut


Rentetan isu Perlukah Susu Lain Selepas 2 tahun menyusu susu ibu?

Dah lama ibu tak update blog.. takde idea dan juga kurang masa terluang.
Semalam buka blog dan ibu dapati banyak komen baru dalam entry ibu Perlukah susu lain selepas 2 tahun menyusu dengan susu ibu?

Banyak komen yang panjang lebar yang ibu terima tentang entry tu, terima kasih kepada ashra, Siti Fatimah, pejuang, Shazura, Fid, dan Hayatie..

Kebanyakan ibu yang memberikan bayi susu formula atau mixed feeding (FM+BF) seringkali menyalahanggap terhadap pejuang-pejuang penyusuan susu ibu. Kadang-kadang artikel yang ditulis dibaca dengan emosi..

Kami pejuang susu ibu sama sekali tidak pernah memperlekehkan mereka yang mengamalkan penyusuan susu formula, tidak pernah memandang rendah kepada mereka, cuma kami hanya ingin memperbetulkan tanggapan terhadap susu formula..

Terus terang ibu nyatakan, ibu juga minum susu formula (untuk dewasa), tapi ibu tidak menganggap susu formula itu sebagai satu-satunya sumber kalsium yang boleh diperolehi. Ibu lebih suka minum fresh milk, susu berpasteurized, yogurt drink yang lebih asli dari susu formula. Anak ibu Farish juga lebih menggemari susu segar dan susu berpasteurized, sekali hadap boleh habis satu kotak. Kalau FM, bercinta nak habiskan satu cawan.. Kadang tu tak usik langsung.

Ibu juga setuju dengan Hayatie dalam entry blognya My 'xClusivelyxpressing tentang isu ini.

Pendapat peribadi ibu dan juga hasil bacaan dan perbincangan, susu formula bukanlah source paling penting dalam pemakanan kita.. Yet, susu memang penting, tapi bukankah kita ada susu yang lebih segar dari ladang.
Itu yang kita salah anggap. Ibu sendiri akui, sebelum mempunyai anak, ibu sendiri terpengaruh dengan iklan2 susu formula, YA! Nanti bila ada anak aku mesti dapatkan susu A ni.. Tapi bila ibu menjadi ibu, semestinya kita akan cuba memberi yang terbaik kepada anak-anak kita. Ibu gali dan gali, dan ibu dapat konklusi, selepas susu ibu, makanan semulajadi adalah yang terbaik buat si manja. Ibu tegaskan lagi sekali, makanan semulajadi, bukan makanan diproses.

Ibu tidak menyalahkan ibu-ibu yang memberi susu formula kepada anak-anak mereka. Itu pilihan yang wajar dihormati. Hanya ibu tahu apa yang terbaik buat anak mereka. Cuma ibu sedikit ralat bila ada ibu yang menyanjung susu formula. Propaganda syarikat yang menyatakan susu mereka diperkaya dengan sekian-sekian khasiat sedikit sebanyak mempengaruhi ibu-ibu di Malaysia.. Tapi tahukah kita bagaimana bahan-bahan tersebut diproses.. Dari sumber apakah bahan tersebut diperolehi.. Dan ketahanan makanan proses bergantung dengan bahan pengawet, semakin lama tarikh luput, bermakna makin tinggi kandungan awetnya.

Sekarang ni ada iklan susu formula yang terus menggantikan makanan kepada susu. Saya tidak risau lagi, kalau anak saya tak lalu makan, susu X ni mampu menyelesaikannya.. tak payah makan, minum susu jer cukup.. Logik ker? kenapa tidak diberikan anak itu multivitamin ataupun produk meransang selera makan?

Kalau dilihat di negara barat, mereka sendiri lebih mengamalkan susu segar berbanding susu formula. Tak percaya, tengok saja filem atau drama barat, berbotol-botol fresh milk dan fruit juice memenuhi fridge mereka. Dan adegan sarapan pagi juga dihiasi dengan kanak-kanak yang makan cornflakes bersama susu segar..

Berbeza dengan cerita Melayu, ada baby saja, terus bagi susu formula. Baby meraung2, tapi di tangan sedang menggoncang susu formula. Isu kemiskinan, mesti ada adegan, ibu buka tin susu yang kering, kenapa mesti dihighlightkan perkara tersebut.

Maaf kalau entry ini agak emosi.. Manusia memang memerlukan susu sebagai salah satu keperluan nutrisi.. Pilihan ditangan anda, mahu pilih susu segar atau susu diformulakan..

Sunday, November 7, 2010

Sekitar Kedah Banjir 2010

Ibu rasa 1 Malaysia dah tahu bahawa Kedah,Perlis dan juga Kelantan telah dilanda banjir besar.
Ibu hanya fokus pada banjir di Kedah sebab ibu orang Kedah dan ibu juga terbabit dalam bencana tersebut.

Kediaman ibu terletak dalam kawasan Jitra, antara kawasan yang terjejas teruk. Boleh tengok gambar-gambar banjir kat link FB bawah ni




Semua tu adalah kawasan berdekatan rumah ibu.Alhamdulillah kawasan perumahan ibu sedikit tinggi menjadikan antara kawasan perumahan yang tidak dinaiki air. Walaubagaimanapun, ibu tetap tidak boleh pergi ke mana-mana sebab semua jalan telah ditutup.

Ibu bukan mangsa banjir, tetapi ramai kawan ibu adalah mangsa.. Semalam terima sms dari Rini, dia cakap rumah dia macam kena Tsunami. Habis tonggang terbalik.. Mana taknya ruma hkawasan Rini tu memang naik hampir 4 kaki. Dan juga rumah staff ibu, yang tinggal di Taman Permai, habis berlumpur,, dulu waktu tahun 2005 pun rumah staff ibu tu pun banjir, habis kereta Honda Civic dia tenggelam. Kali ni kereta selamat, tap ibaran2 dalam rumah tak sempat diselamatkan.

Ibu ada ambik gambar sekitar pekan jitra selepas banjir. Ibu copy dari FB ibu

Kehilangan harta benda memang tidak dapat dielakkan. Segala raungan dan tangisan saja dapat diluahkan.. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Tapi kerosakan dan kehilangan harta benda tidak sama kesannya dengan kehilangan insan tersayang. Ibu tak pasti berapa jumlah mangsa banjir kali ini (mungkin dalam 6-7 orang kalau tak silap) tetapi dua orang daripada mangsa tersebut adalah anak staf HSB sendiri. Abi ada inform ibu sebelum tu yang 2 orang anak PPK kat kecemasan hilang, dan esoknya berita terjumpanya mayat kedua-dua anaknya keluar di berita. Sebak rasa hati melihat muka orang yang kita kenal.


Apapun, setiap bencana itu pasti ada hikmah dan iktibar yang perlu kita renungkan..

4th Anniversary Giveaway

Dah lama baca entry ni kat blog Ayu.. Terlupa nak buat entry..

Kepada kawan-kawan ibu, Ayu adalah salah seorang kawan ibu yang juga seorang BF mom, bakal menyambut anniversary perkahwinan nya pada 17 Nov 2010 ni..

So ada giveaway yang dianjurkan..

Boleh klik gambar kat bawah ni untuk maklumat lanjut

Buat Ayu dan Khairi,
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang keempat. Semoga anda berdua kan beroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Jadilah ibu bapa terbaik buat MIH da MID dan juga anak-anak seterusnya...

Hmmm baru perasan anniversary korang jatuh pada hari pertama raya Qurban. Perkahwinan itu juga satu pengorbanan, pengorbanan ke arah mencari redha Ilahi..

Buat Ayu dan Khairy


Future Ayu's family potrait

(credit to google image)


Wednesday, November 3, 2010

"SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010!

Ada contest kat blog harlindahalim



nak join klik link kat bawah ni


okay ni gambar Farish tayang giginya


Nama: Tengku muhammad Farish Haikal
DOB: 5 April 2008
Umur dalam gambar: 1 tahun 4 bulan
umur sekarang : 2 tahun 6 bulan
Hobi: Tengok youtube, tengok buku, main
Berapa batang gigi sekarang : 16 batang



BANJIR OH BANJIR

Sejak 3 hari lepas, hujan turun tak berhenti-henti kat kawasan ibu termasuk juga seluruh Kedah dan Perlis.
Dan resultnya semalam 1/11/2010 banyak kawasan telah dinaiki air.

Ibu banyak baca status kawan-kawan ibu kat FB. Simpati ibu sebab ada yang kena pindah, ada yang kena tidur kat opis dengan bawa anak-anak.

Kawasan ibu juga tak terkecuali. Ibu tinggal di Bandar Darulaman atau lebih dikenali Tanah Merah, Jitra.
Semalam, Jitra memang air dah naik. Staff ibu yang duduk area tu semua pindah ke rumah keluarga terdekat yang tinggi. Ibu dengar Sek Men Jitra dah naik sampai hapus tingkat bawah.

Pagi tadi time ibu keluar kerja, kawasan rumah kat area pekan Kepala Batas dah naik air. Kawasan tu memang rendah sebab jalan depa buat tinggi. Satu rumah tu memang dah paras tingkap naiknya.

Lalu kat depan Kolej Tentera Udara, dah macam laut. time tu, jalan raya okay lagi.

Kat tempat kerja hari ni sedikit lengang. Patient pun tak ramai datang, staf pun ramai takleh datang.

Time balik tu ada orang pesan yang jalan hutan Kampung ke Jitra dah tutup. Air dah naik kat jalan depan KTU tu. Ibu ada 3 option lagi untuk balik
1. ikut jalan Sungai Mati
2. ikut highway
3. ikut jalan Sultanah, balik ikut anak bukit

Time keluar hospital, terlupa terus keluar ke arah Alor Setar.. Alamak.. sepatutnya kena ikut arah Langgar. Tapi boleh masuk highway.. Elok jer masuk highway, aa sign board kata highway ke Hutan Kampung ditutup, kena U-turn dan patah balik jalan Langgar ikut Jalan Sungai Mati.
Smapai kat Kepala Batas, kawasan rumah semua dah naik air, tapi jalan belum lagi. Terus ambik Farish dan Firas dan balik rumah.

Abi ajak pergi ronda kawasan. Mula tu naik kereta, tapi sampai kat depan Yawata, macam tak berani sebab air dalam, patah balik, naik motor pulak. Naiklah kami 4 beranak motor tu.
Pergi ronda kawasan perumahan, banyak kawasan perumahan kat pekan Jitra terputus hubungan. Tengok dpea randuk air memang dah atas paras lutut. Ada rumah yang sampai paras tingkap.

Patah balik, abi ajak pergi pasar malam Kepala Batas. On the way lalu tu, naik makin naik kat kawasan rumah termasuklah rumah pengasuh. Kami lepak kat tengah2 trafik light kepala Batas tu. Tengok air makin naik, makin naik. Jalan ke Kampung Naga dan ke Bukit Tinggi terpaksa ditutup sebab paras air makin naik..

Dalam beberapa minit ibu tengok paras air kat atas jalan Kepala Batas tu makin naik. Abi ajak terus balik.

Tadi abi kena pergi hospital sebab ada urusan. Balik abi kata, semua jalan dah naik air termasuk jalan Anak Bukit. 3 kali motor abi breakdown randuk air.

Sayang sangat sebab kamera ibu habis bateri, tak dapat nak snap gambar banjir..

Alhamdulillah, rumah ibu agak tinggi. Kawasan perumahan ibu memang tak terjejas,tapi tak boleh nak kelaur masuk, jalan2 utama dah naik air.

Esok taktaulah boleh pi kerja ka dak. Anak -anak tak boleh hantar pi rumah pengasuh. Ibu pun taktau boleh pi kerja ka dak.. Tapi kawan ibu kata pengarah tak bagi amik EL..

Ada orang kata, banjir kali ni lagi buruk dari 2005 dulu sebab air naik cepat sangat. Lagipun air di empangan-empangan utama terpaksa dilepaskan untuk mengelak empangan pecah.

Ibu harap cepatlah surut banjir ni.. Mesti penat mangsa-mangsa banjir nak basuh rumah nanti.

PAPA & BABY CONTEST

Ibu terjumpa contest ni kat sini



Jom kawan-kawan kita join
klik kat sini untuk lebih lanjut


Ibu nak letak gambar ni sebagai taruhan


Nama abi : Tengku Nazim Tengku Din
Nama anak : Tengku Muhammad Farish Haikal
Umur anak : 2 tahun sebulan (ketika gambar di ambil)- sekarang 2 tahun 6 bulan

cepat.. tarikh tutup 14 Nov 2010 tau


Related Posts with Thumbnails