ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H


Esok Ramadhan bakal menjelma.. Ibu doakan semua rakan -rakan ibu dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna. 

Buat ibu yang sedang menyusu boleh refer thread ibu tahun lepas (tahun ni mood malas nak update)
juga

Tahun ni nampak gayanya ibu tak dapat meraikan pertama Ramadhan. Keadaan masih belum mengizinkan. Darah nifas ibu belum kering lagi. Nampak gayanya, abi kenalah berpuasa seorang diri dahulu untuk beberapa hari awal ni. Insya Allah ibu akan turut serta paling lambat pun mungkin pertengahan puasa sebab time tu kalau ikutkan dah habis tempoh pantang 44hari. Tapi ibu harapkan darah nifas ibu kering lebih awal. Tak larat sebenarnya bila fikir nak kena ganti puasa nanti. Apapun ibu akan bangun masakkan sahur dan juga juadah berbuka untuk abi.

Fawwaz Sudah Botak

Hari Jumaat lepas, genap 21 hari umur Fawwaz. Dan hari tu juga Fawwaz dibotakkan. Sama hari macam abang Farish, abang Firas jer awal sebab tali pusat Firas gugur hari ke6.

Kalau ikut orang tua, cukur rambut mesti dibuat selepas gugur tali pusat. Tunggu punya tunggu, tali pusat Fawwaz nak gugur hari ke14. Hari jumaat gak, so Fawwaz lahir hari jumaat, gugur tali pusat hari jumaat, cukur rambut pun jumaat jugak.

Macam Farish dan Firas, Fawwaz pun dicukur oleh bidan yang sama, Mak Kiah. 


Ni peralatan yang digunakan oleh Mak Kiah. Ada pisau cukur, sirih pinang, sintok, limau purut, bedak sejuk dan benang kuning.

Sebelum cukur rambut, mak Kiah akan berzanji dulu, ibu dan abi pun join berzanji sekali.
Semangat Mak Kiah ni dok berzanji
Pa habis berzanji, rambut fawwaz dibasahkan dengan bedak sejuk. So bermulalah upacara mencukur rambut. Cukur sampai botak yer, Itu yang disunatkan. Cukur jambul tu hanyalah adat Melayu, tapi mencukur rambut memang ada dalam amalan Islam

Diam jer Fawwaz bila dicukur, mungkin asyik mendengar MakKiah berselawat kot

Pas habis botak kepala, Fawaz pun dimandikan dengan air yang dicampur sintok dan limau.
Sintok digunakan sebagai scrub la. Sambil mandi pun doa-doa dibaca.

Pas habis mandi, Fawwaz dipakaikan dengan benang kuning. Menurut Mak Kiah, tali tu sebagai 'tali angin'.. tali angin tu macam nak elakkan baby kembunglah. Kenapa guna kuning yer? Sebab Fawwaz ada title 'tengku' kat depan, sebab tu guna tali kuning. Sebenarnya kelaurga abi dah tak amal kuning-kuning ni, tapi sebab mak Kiah takut nanti, mak kiah demam @ sakit sebab tak ikut protokol. Sebab dulu dia pernah guna tali hitam kat sorang baby ni, balik tu demam. chek-chek rupanya dia tak ikut protokol kuning. 

Pas mandi, Fawwaz dibedakkan dan dicelak. Pastu Mak Kiah buat tahnik lagi sekali (abi dah buat pun kat LR dulu), tapi kali ni Mak Kiah buat lagi sekali.

Inilah rambut Fawwaz. Banyak jugak ni.

Biasanya rambut baby akan ditimbang mengikut sukatan emas. Nanti jumlahnya akan disedekahkan kepada fakir miskin.
Tengok.. Fawwaz dah botak.

Hopefully raya nanti naiklah balik rambut fawwaz ni, kang raya botak tak hensem lak anak ibu.



Thursday, July 28, 2011

Fawwaz Huzaifah - Day 20



Hari ni Fawwaz dah genap 20 hari.. kejap jer kan, dah 20 hari. Maknanya ibu pun dah 20 hari melalui tempoh berpantang. Ada lagi 24 hari lagi (adoi! lama lagi tu)...

Hari ni nurse datang melawat rumah. Nurse cuma timbang berat Fawwaz jer.. Hmm.. semangat nurse tu kata.. Dah 4kg anak ibu.

Sambil tu sempat juga ibu promoe cloth diapers kat nurse tu. Lagipun hari ni Fawwaz pakai CD Apple Baby corak jeans.Berkenan nurse tu. Lagipun dia ada anak kecik gak.
Fawwaz berposing dengan CD corak jeansnya

Ibu Alhamdulillah, takde masalah. Nurse check jahitan kat bawah, dia kata dah bercantum elok. benang pun dah start putus. Ibu pun masuk minggu kedua tu dah duduk bersila dah pun. Dah tak rasa sakit kat bawah tu dah.

Cerita pasal perkembangan Fawwaz, sebenarnya ibupun ada risau juga walaupun ibu tahu risau ibu tak bersebab pun. Penyusuan Fawwaz ta ksama macam penyusuan Farish dan Firas. Time Farish dan Firas dulu, breast engorge jer, walaupun time tu tandem nursing. Tapi dengan Fawwaz, tak rasa engorge langsung even tengah malam. Fawwaz pula tak kuat menyusu macam abang-abang dia. Dia hisap sekejap dah tertidur ataupun lepas breast dengan sendiri. Malam pun dia terjaga 1@ 2 kali jer. Kadang tu cuak juga bila dia tak bangun menyusu.

Persoalan yang timbul, adalah Fawwaz cukup susu. Ibu rasa dia cukup susu sebab dia minum dah rasa kenyang. Adalah Fawwaz hanya minum foremilk saja? sebabnya dia menyusu sekejap, dan kadang tu rasa tak berapa kosong breast.
Fawwaz pula kerap membuang, banyaklah tu. Pastu dia kerap juga termuak. Kadang tu banyak susu keluar balik. Risau gak kalau berat Fawwaz tak naik walaupun time dukung dia terasa gak tough.
Dan kerisauan ibu hilang bila tengok berat Fawwaz naik dengan cemerlang.
Nurse tu kata, mesti kuat menyusu ni, naik banyak.. Ibu mengiyakan, tpai dalam hati rasa macam tak jer.

Tapi apa yang ibu katakan itu rezeki dari Allah. Takde istilah tak cukup susu, takde istilah menyusu mesti rasa breast bengkak..breast tak begkak, takde susu... Itu salah.

Tapi ibu percaya maybe juga ada kaitan dengan diet ibu, ibu dalam pantang memang makan high protein. Sekali hadap ikan sampai 5-6 ekor kalau ikan bakar. Sup haruan, memang habis seekor ibu ratah. Abi pulak rajin buat daging bakar, ikan bakar. Maybe sebab tu susu ibu ideal dengan corak penyusuan Fawwaz.


Wednesday, July 27, 2011

Petua mudah bersalin - cara ibu


Entry kali ini ibu nak berkongsi tentang petua-petua yang ibu amalkan sebelum bersalin. Alhamdulillah, ketiga-tiga kelahiran anak ibu boleh dikatakan mudah. Rezeki ibu agaknya.. rezeki kepada ibu yang tiada ibu lagi.. (mode sedih dan jeles bila tengok orang lapin berpantang dengan ibu masing-masing)

Okaylah.. macam yang ibu cerita dalam entry sebelum ni, kelahiran Fawwaz sudah terlebih 2 hari. Risau tak payah cakaplah. Macam-macam fikir... adakah aku akan diinduce, adakah aku akan dicaeser, adakah anak aku ok kat dalam ni, adakah aku berupaya memenuhi impian aku untuk bersalin tanpa bantuan painkiller... macam-macam ibu fikir.. 

Okaylah, kat sini ibu nak share apa ikhtiar dan amalan ibu sepanjang tempoh dekat nak due..
1. Kerapkan baca Al-Quran- Yang ni memang kena amalkan sepanjang usia, masuk 7 bulan, ibu banyakkan baca surah Yusof, Taubah, Maryam, Luqman, Al-Mulk dan Yaasin.
2. buat kerja rumah - ibu yang malas nak mop lantai, jadi rajin mop lantai sebab nak bagi mudah bersalin, pastu basuh baju dengan tangan. 
3. berjalan - Berjalan memang tak payah cakplah.. asyik ajak abi keluar jalan jer. Pastu jalan laju lak tu.. kat tempat kerja, orang semua tak perasan ibu dah terlebih hari, jalan macam orang tak pregnant jer lagaknya. Time nak gi labour room pun, tengah contraction pun berjalan kaki dari tempat parking.
4. Minum air akar Fatimah - yang ni ada staff nurse bagi since ibu sepatutnya due hari tu, tapi takde tanda-tanda lagi. Dia baru balik dari Umrah, so kira ibu ni 1st userla. 

Akar Fatimah
Akar Fatimah dikatakan bagus diamalkan dekat-dekat nak bersalin, memudahkan proses bersalin. Caranya, rendam dalam air suam, dan minum airnya. Selawat dan doa dalam hati semoga dipermudahkan.

5. "bersama" dengan suami lebih kerap - yang ni ibu memang nak.. Tapi abi pulak asyik letih. mana taknya anak asyik merengek kat abi jer.. pastu anak-anak tak bagi can langsung ibu dan abi tidur sekali.. Pernah sampai ibu merajuk kat abi sebab takmau layan walhal abi letih sangat time tu. 

6. Baca doa dan zikir - ibu beli satu buku ni. Buku ni pocket size jer, masuk handbag. Banyak panduan, dan zikir-zikir serta maksud yang kita boleh amalkan time dekat nak bersalin.  Buku ni juga peneman ibu dalam PAC dan labour room. 
Inilah buku peneman ibu dalam PAC dan labour room

7. berzikir - sebab ibu percaya zikir adalah painkiller terbaik, masuk labour room, buku pun dah tak mampu nak tengok, ibu banyakkan zikir. Antara zikir dan doa yang ibu amalkan sampailah saat dekat nak bersalin adalah Selawat Syifa', Ayat Seribu Dinar dan jangan lupa ucapkan 2 kalimah Syahadah sekerap mungkin (mana tahu itulah syahadah terakhir kita).. Alhamdulillah, walaupun contraction kuat dan kerap, ibu boleh control.

8. Minta ampun - Yang ni penting.. Sebaik ibu masuk PAC, ibu minta ampun dan cium tangan abi. Ime masuk labour room, lagi sekali ibu mohon ampun dan cium tangan abi lagi sekali. Pada mereka yang ada masih ada ibu, jangan lupa minta ampun dari ibu juga yer (minta ampun sebelum ras sakit, janganlah dah masuk labour room baru nak telefon mak)

Paling penting kena ada tenaga. kena makan sebelum rasa sakit. Ibu start rasa sakit selepas maghrib. Time tu memang takde selera langsung nak makan nasi.. last-last ibu hanya bancuh milo+susu, dan makan kurma dekat 10 biji gak. Bersalin pulak tengah-tengah malam, dah la rasa mengantuk, tenaga pun dah berkurang..

Apapun ini semua hanyalah petua, ada banyak lagi petua yang boleh diamalkan.. bolehlah google


Tuesday, July 26, 2011

Keperluan Nutrisi Ibu menyusu

Ibu-ibu yang mengandung dan juga menyusu memerlukan lebih nutrisi dalam tubuh mereka. Di sini ibu ingin share tentang keperluan nutrisi untuk ibu menyusu.

Antara fakta yang perlu kita tahu: 
  • Ibu menyusu perlu makan dan minum secukupnya. Ibu menyusu tidak memerlukan makanan khas ataupun perlu mengelakkan makanan tertentu untuk menyusu.
  • Badan wanita menyimpan lemak semasa mengandung untuk membantu menyediakan susu untuk penyusuan.- susu dihasilkan dari lemak yang disimpan dan juga dari makanan yang diambil.
  • Pemilihan makanan yang tidak sihat ataupun kurang makan tidak menjejaskan penghasilan susu - ibu yang sibuk bekerja, tak sempat makan, tak cukup makan selalu merasakan akan menghasilkan susu yang sedikit.. tetapi dengan kekerapan menyusu, ianya dapat memastikan bekalan susu sentiasa mencukupi.
  • Ibu dalam pantang tidak sewajarnya menghadkan pengambilan makanan dan minuman. Ibu dalam pantang perlu ambil lebih minuman terutama jika anda kurang membuang air kecil atau air kencing menjadi pekat.


Jom kita tengok perbandingan keperluan nutrisi antara wanita biasa, wanita mengandung dan wanita menyusu

Energy and Nutrients needs

Carta di atas boleh membantu kita mendapatkan sumber makanan yang tepat untuk penyusuan.
Hmm.. wanita menyusu kena makan lebih berbanding wanita hamil.. tapi kita ni terbalik, time pregnant makan tak ingat, pas bersalin sekat sana sekat sini, pas pantang sibuk nak diet..


Number of serving
Carta atas ni pulak menunjukkan kumpulan makanan. sebenarnya tak jauh beza pun corak pemakanan wanita normal dan wanita menyusu. Yang penting kena pastikan cukup segala keperluan yang diperlukan. 

sumber : Nota Breastfeeding Promotion and Support- Maternal Health, Kementerian Kesihatan Malaysia

Monday, July 25, 2011

Makanan bayi dari lahir hingga 2 tahun


Cuba tengok gmabar kat atas ni. Gambar ni ibu ambil semasa kursus MBFPC baru-baru ni. Poster ni dalam bahasa Latin, tak silap ibu dari Uruguay kot.. Maaf kalau tersilap fakta..

Kalau tengok betul-betul poster kat atas tu, tanpa sebarang tulisan pun kita boleh faham apa yang dimaksudkan. Poster kat atas tu menerangkan tentang makanan yang perlu diambil oleh bayi mengikut umur.
Jom kita explore.

0-6 bulan
Susu ibu semata-semata
NO for FM, minuman, makanan, pacifier

6-8 Bulan
Susu ibu paling utama
Sayuran
Buahan
Sumber karbohidrat seperti roti

9-11 bulan
Susu ibu paling utama
Sayuran 
Buahan
Produk tenusu
Karbohidrat,protein

12 bulan ke atas
Makanan keluarga
Makanan mengikut piramid makanan
Susu ibu

Sepanjang dari lahir hingga berusia setahun, susu ibu adalah makanan utama, selepas 6 bulan, mula diperkenalkan solid food.

Selepas setahun, susu ibu menjadi minuman pelengkap, sebab tu susu ibu jatuh ke hirarki bawah.

So, bagi ibu-ibu yang merasakan susu mereka merosot selepas bayi berusia setahun, jangan risau kerana ketika itu susu ibu hanyalah sebagai pelengkap. Susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh anak.Mereka perlu mendapatkan nutrient dari sumber lain juga.

Pilihan di tangan anda

Baru-baru isu tentang supplement dan penyusuan menjadi topik hangat kat FB. Ada yang bersetuju ada yang sebaliknya. Ibu tak mau kupas banyak tentang isu ni. Nanti adalak yang hentam ibu lagi.

Ibu quote kata-kata Pn Kamariah dalam FBnya

Ibu-ibu menyusu sekarang amat risau dengan 'rupa paras' susu perahan mereka. Padahal kejadian tabii susu ibu memang dijadikan untuk kelihatan agak cair di awal pemerahan susu dan lebih pekat pada akhirnya. Mengapa manusia amat suka mengubah apa yang sedia ada kepada apa yang mereka fikirkan 'ideal'?
 Malah jika ibu menyusu terus (tanpa proses pemerahan), tiada yang perlu ambil kisah tentang bagaimana 'rupa paras' susu mereka. Biarlah ianya menjadi rahsia alam. Jika pemerhatian dibuat tanpa ilmu dan iman, maka akan timbullah 'ilmu sesat' yang lain yang cuba mengubah kejadian alami ini.
Benar. Akhir-akhir ini 'dakyah' tentang makanan tambahan (supplement) semakin menjadi-jadi. Ramai yang terpedaya bahawa jika mengambil XYZ, susu mereka akan menjadi lebih pekat dan ini dirasakan lebih baik untuk bayi mereka. Sedangkan Allah Taala telah jadikan kaedah tabii yang sesuai untuk menjaga komposisi susu ibu di mana ada ketikanya ia perlu dalam keadaan cair dan ada ketikanya ianya perlu dalam keadaan pekat.
Ibu takmau bincang lanjut tentang hal ini... Masing-masing renugkanlah..

Ibu cuma nak nasihatkan kepada ibu-ibu terutama ibu-ibu yang sedang menggali ilmu penyusuan. Setiap kaedah untuk menambahkan kuantiti susu adalah tertakluk kepada tubuh badan ibu sendiri. Milk booster terlalu banyak sekarang ni, tapi hasilnya berbeza antara setiap individu. Kena try test dulu, tengok mana yang sesuai.

Lagi satu jangan simply ikut trend. Sekarang ni ibu tengok adalah budaya memperkenalkan jenama, bukan kandungan. Cubalah makan produk ABC ni, confirm susu banyak. Boleh tak, ibu-ibu diluar sana, kalau boleh promote kandungan.. contohnya, "awak kena ambil lebih kalsium, magnesium, iron, b-complex bla-bla-bla" daripada terus tuju pada produk tertentu.

Bukan apa, takut ibu dari golongan sederhana, susu pulak tak meriah, rasa down sebab kawan dia yang makan produk ABC ni, susu meriah, pekat, likat.. Nak beli produk ABC tu, lari bajet bulan ni. Actually ada penyelesaiannya. Tengok kandungan produk tersebut, then ubahsuai ikut kemampuan. Vitamin seperti iron, b-complex, kalsium, dan vitamin-vitamin lain boleh diperolehi dari kilik-klinik dan juga hospital-hospital (nak jimat, pergi government, kalau ada kawan @ sedara yang kerja gov hospital, minta diorang tolong prescribe @ minta tolong kat doktor untuk prescribe vitamin tertentu).. then.. kalau tak lengkap, cari kat farmasi, top up vitamin yang anda rasa penting untuk penyusuan anda itu.  Itu cadangan ibu jerlah.

Tapi kan, ibu takut la jugak sebab since penyusuan susu ibu ni dah semakin meluas, banyak produk sekarang ni claim, boleh tambah susu.. terkini adalah korset, sorrylah, ibu tak tahulah mekanisme macam mana, korset ni boleh jadi milk booster. Dan termasuklah macam-macam produk claim bagus untuk penyusuan.

Pastu nanti keluarlah iklan-iklan kat tv " minumlah susu XYZ, membantu memekatkan susu anda, bayi anda lebih cerdik, pintar dsb"... tak mustahilkan boleh berlaku nanti., pastu ada produk krim yang boleh menambah susu badan macam sekarang ni kerim-krim nak besarkan breast, tegnangkan breast, tak mustahil, suatu hari nanti ada krim yang mampu menambah susu badan.

Bagi ibu, tak salah nak cuba, but jangan TAKSUB tentang sesuatu produk. Paling penting check kandungan produk tersebut.. pastikan halal haramnya, lulus by KKM @ tidak (untuk ubat-ubat dan jamu).. Sebabnya ibu tertengok kat FB ada sorang ibu post minuman tak silap ibu, yang merupakan milk booster bagi dirinya,semuanya tulisan cina. Rasanya import dari China kot. Ibu tak sure ada logo halal ke tak..

Dan ada satu produk kesihatan yang dikatakan boleh menambah susu dan juga sebagai perancang keluarga, tapi bila ibu check, takde kelulusan KKM dan sijil halal. Dan produk ni sangatlah glamer dikalangan ibu menyusu.

Apa yang penting, doa dan tawakal. Cari sumber dari mereka yang berpengalaman, berpengetahuan. Kena faham konsep penyusuan yang sebenar. Fahami bagaimana susu anda dihasilkan, bagiamana rupa paras susu, kuantiit susu yang diperlukan. Susu pekat, susu cair, semuanya ada fungsi.

Pastikan apa yang anda makan dari sumber yang halal dan tidak memudaratkan kesihatan (dan juga poket anda)..

Sunday, July 24, 2011

Berpantang Secara Alami

Apa itu berpantang secara alami?
Berpantang secara alami adalah amalan yang dilakukan semasa berpantang dengan menggunakan kaedah semulajadi. Kaedah semulajadi tu macam apa yang dipraktikkan oleh ibu-ibu kita terdahulu dari amalan bertungku, mengurut, berbengkung, bertangas, berpilis, berparam dan lain-lain.

Kenapa tiba-tiba ibu bercakap tentang berpantang secara alami ni..
Sebenarnya ibu nak share satu majalah.. actually bukan majalah tapi kompilasi artikel-artikel tentang berpantang. Ibu rasa buku ni sangat best dan harus dimiliki oleh mereka yang sedang menunggu cahayamata terutama cahayamata pertama.. cahayamata kedua, ketiga,keempat pun berguna gak.

Ni buku yang ibu maksudkan

Buku ni keluaran Karangkraf. Ianya merupakan kompilasi artikel dalam majalah Pa&Ma. 
Ada topik tentang
1. rahsia dan petua Penjagaan ibu lepas bersalin- diternagkan tentang kebaikan dan cara-cara mengurut, bertungku, mandi, bengkung dll.
2. Masalah ketika berpantang- punca dan cara mengatasi
3. Panduan lengkap penyusuan susu ibu - sangat bagus bagi mereka yang ingin tahu pasal penyusuan susu ibu, cara penyimpanan dsb
(Artikel penyusuan susu ibu dalam majalah Pa&Ma adalah dari pakar laktasi Pn, Rita Rahayu, selain daripada itu Pakar laktasi, Puan KAmariah serta Kaunselor laktasi, puan Suraya turut memberi idea dalam ruangan penyusuan susu ibu dalam Pa&ma)

4. Yang ni paling ibu suka : 32 resepi berpantang enak dan berkhasiat.. macam-macam resepi ada. So, senang abi dan ibu rujuk kalau blank taktau nak masak apa. Sehari masak 1 resepi pun dah sebulan menu kan.


So, ibu galakkan kepada bakal-bakal ibu, milikilah buku ini, sngat berguna dan membantu. ibu yang anak masuk 3 ni pun seronok memilikinya. Ibu memang suka kumpul koleksi pa&ma ni. dari majalah sampailah kompilasi macam ni.


Thursday, July 21, 2011

Berpantang kali ini

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke14 ibu berpantang. Berpantang kali ini macam berpantang sebelum-sebelum ni juga... tapi kali ni ibu memang berpantang sendirian disamping abi dan anak-anak ibu.
MIL ibu tak berapa sihat, FIL pun sama.. so malaslah nak susahkan mereka.. Lagipun pengalaman berpantang sendiri sebelum ni dah menyediakan ibu untuk cekal berpantang kali ini.

Ibu berpantang macam ibu-ibu lain juga.. cuma takdelah dapat berehat macam ibu-ibu lain. Hari kedua ibu dah start basuh lampin, masak sendiri.. time tu abi sibuk uruskan hal pendaftaran Fawwaz, pergi bank uruskan itu ini, so ibu kenalah buat sendiri.

Alhamdulillah, mungkin sebab luka ibu tak banyak, ibu pun takde masalah ketika bersalin, ibu memang rasa bertenaga jer nak buat kerja.

Berpantang kali ni juga ibu dah berjalan merata, hari ke4, ayah ibu masuk hospital, dah tahap kritikal maslaah jantung. So, ibu dah berjalan ke Hospital Sungai Petani.. Naik wheel chair la kat sana. hari ke5, ayah ibu telah kembali ke rahmatullah. Segala urusan dilakukan di rumah isteri arwah ayah. Ibu hanya menghadiri sajalah. Lenguh juga asyik duduk jer. Alhamdulillah, Fawwaz pun okay, walaupun panas, dia boleh tidur selamber jer.

Kali ni ibu tak ambil sebarang produk selepas bersalin. Ibu cuma makan vitamin yang hospital bagi. Itupun dah tak larat nak makan. Pastu bertungku, mandi air rebusan daun-daun kayu (FIL tolong carikan), berurut, berbengkung.. Selain itu makanan ibu nak kata berpantang tu tak juga. Ibu makan apa yang boleh dimakan. Ibu refer website dan buku-buku amalan berpantang, dari situ ibu ambil apa yang boleh ibu lakukan.

Sekarang ni cuaca panas, memang dahaga. Ibu minum sehari rasanya hampir 3L air kosong kot, sebab tiap-tiap hari ibu kena isi bekas air 5L tu. Buah pulak ibu amalkan buah orange (sesuai untuk penyembuhan luka), dan juga kurma & kismis (memberi tenaga)

Ibu makan nasi cam biasa, makan makanan berkuah.. makan makanan fresh. Abi tiap2 hari pergi cari haruan. Siap pasang taut lagi. Alhamdulillah rezeki, dapat makan tiap-tiap hari ikan haruan fresh. bukan beli tau, ditangkap sendiri oleh abi.. thanx abi, sebab tu kot ibu rasa bertenaga, luka pun cepat sembuh.
Selain tu abi gak rajin bakarkan ikan atau daging untuk ibu. Sayur ibu makan, sawi, carrot, kobis cina.. selalu ibu buat sup sayur jer. senang.

Alhamdulillah, mungkin disebabkan makanan tu ibu senang membuang, hari ketiga dah membuang dengan mudah.

Ibu memang tak pernah ambil jamu. Kali ni pun ibu memang ambil vitamin-vitamin sahaja. Alhamdulillah, jaundis Fawwaz tahap mild sahaja. 2x jer check jaundice, dah ok.

Berat ibu pun Alhamdulillah dalam 10 hari turun 10kg.. hari ni turun lagi 2kg.. Padahal makan tak ingat.. Apa rahsianya.. breastfeeding.. Bidan pun cakap badan ibu kali ni cepat turun, dia pun mention pasal BF bagus untuk cepatkan pengecutan rahim dan juga kuruskan badan.

Okay, nanti ibu sambung lagi pengalaman ibu berpantang kali ke3 ini.

Wednesday, July 20, 2011

Wanita Hari Ini - Benarkah Susu ibu boleh tercemar?

Ibu nak share topik wanita hari ini 20/07/2011
Tajuk WHI hari ini adalah : Benarkah susu ibu boleh tercemar?
Panel jemputan: Dr. Norashikin Muhd Fuad- Pakar O&G Hospital Sungai Buloh
                         Pn. Kamariah bt Mohd Alwi - lactation Consultant (also my sifu)
                         Dynaz - celebrity dan owner DNA

Ibu cuba catat apa yang ibu ingat (sebab time on air tadi, fawwaz nak menyusu pulak, so, ibu cuba gunakan kapasiti hard drive otak ibu ni untuk recall balik isi kandungan topik WHI tadi.

antara soalan yang dikemukakan..

Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril
Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, 'askar-askar' dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut (yang ni ibu qouote kata2 Pn Kamariah time kursus MBfPC hari tu)

Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi)..
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.

Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

Nak kuruskan badan.. BF saja
Pengakuan dari Dynaz.. Sebab setiap kali kawan dia tnaya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat.. jawapan dia 1 jer : menyusulah anak anda.
Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur.

Majikan perlu bagi sokongan
Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu.. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.

Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang Bf. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF. 

Apa lagi yer? Ibu try tengok kat tonton.com, tapi belum upload lagi episod hari ni.

So, bagi sesiapa yang tengok, sila tambah lagi yer.

Monday, July 18, 2011

Imbas kembali - Saat mengandungkan Fawwaz Huzaifah

Wah! ni kira flashback entry ni. Alkisah, ibu tak pernah cerita pun perihal ibu mengandung kat sini, so, nak kena rewind balik ni.

Actually, ibu sendiri pun tak sedar bila sebenarnya ibu mengandung. Yang ibu tahu, ibu hanya didatangi cik P 2 kali. Sekali time puasa, dan lagi sekali pas raya. Pastu rasa cam ada cik P datang, tapi stain sajer. so ibu ingat hormon ibu tak betul lagi kot. Kalau ikut LMP ibu, maknanya time tu 29September 2010. time tu Firas 11 bulan. Bulan 10, ibu pergi holiday Sabah, bulan 11, join family day dept abi. Beriang ria jer time tu. Sampailah satu hari, dalam bulan 12, period ibu takmai dah. pastu abi dok bising, perut ibu buncit semacam. So, abi bawa balik upt strip. Check, negative-- -> lega..

pastu selang 2 minggu tak period lagi. lagi sekali abi bawa balik UPT strip, check------> double line.. Adoi!
Bagi abi tengok, abi yang terkedu. Kalau time tahu pregnant Firas dulu, ibu yang terkedu, kali ni abi yang terkedu pulak. Abi minta mmaf, dia kata dia tak sengaja... Laaa... apa kes pulak. Dah rezeki kita cepat abi.

Selang 2,3 hari, ibu call Dr. Murizah. Dia terus suruh ibu jumpa dia time tu gak. Dia pun scan, time tu ibu confused LMP ibu, so ibu bagi jer tarikh yang last keluar stain tu. Kalau ikut kiraan baru 5 minggu rasanya. Sekali scan, dah ada fetal heart, ukur punya ukur, dah 11 mingggu dah Hana... Adoi! maknanya dah hujung 1st trimester dah.

Bila ibu teringat balik, ibu rasa cuak. Sebabnya sepanjang tempoh ibu hamil tu ibu buat segala pantang-larang orang tua tak bagi buat. Ibu tiap2 minggu pergi senamrobik, jogging, buat aktiviti lasak.. dan ibu rasa hampir tiap2 hari makan nenas (time tu musim menyicah), minum air tebu, air kelapa, makan tapai.. yerlah makanan tajam. bukan makan/minum sikit, banyak dan tiap2 hari.. sebab time tu musim panas sama.

Bila fikir balik, ibu berdoa agar kandungan ibu selamat.. macam kehamilan Farish dan Firas, mengandung kat fawwaz pun ibu takde alahan.. itulah pasal, sampai 11 minggu baru sedar pregnant. Abi ada gak rasa mual-mual, kurang selera makan, dan suka makan jeruk.. tapi tak sangka lak time tu ibu sebenarnya dah pregnant balik.

Ibu dan abi decide takmau inform sesiapa lagi. Biarlah diorang tahu sendiri bila perut ibu takleh disorok lagi.

Tup2, bulan 1 ibu dapat sakit belakang yang teruk .. boleh refer entry ni tentang backpain ibu tu.
Time tu kan doktor request nak buat MRI, tapi sebab ibu pregnant, so kena postponed sampai pas bersalin (ingatkan ibu untuk ingatkan abi ambik appointment MRI).. Dan dari situ, dah keluar cerita ibu pregnant. Tapi takramai yang tahu pun.. setakat 2,3 orang staff saja.

MIL tahu pun bila kandunga ndah masuk 5bulan. Itupun sebab dia perasan cara ibu bernafas (mana boleh tipu ibu beranak 6).. MIL tak tanya ibu, tapi tanya abi. Adoi! itulah soalan paling abi nak elak. sebab abi tau nanti MIL akan berkhutbah kat dia. Tapi kali ni MIL tak kata apa, dia kata.. "takpa, rezeki, lagipun muda lagi, beranak cepat-cepat" .. Aik! Dulu time mengandung Firas, MIL marahkan abi sebab kesian cucu dia kecik lagi. Kali ni sokong pulak.

Alhamdulillah, sepanjang mengandungkan Fawwaz, ibu takde mengalami masalah yang teruk. Tapi ibu perasan ibu kerap selesema. Boleh dikatakan selang sebulan selesema. Pastu Farish dan Firas pun kerap demam. Ibu dah jangka sebab dulu time mengandung Firas, Farish kerap sangat demam.. tapi betul.. dah masuk 3rd trimester, dua2 abang tu dah tak demam @ selesema dah.

Pastu lagi satu, time mengandung Fawwaz, ibu tak suka minum ais. Kalau makan mesti order yang suam. Even fresh orange pun yang suam. Ibu jarang minum air kelapa dan soya... tapi Alhamdulillah, Fawwaz kategori cerah dan kulit bersih juga. So,teori mengatakan minum soya untuk anak putih, dan minum air kelapa untuk kulit bersih pun tak relevanlah bagi ibu. Sebab semua tu anugerah Allah.

Apa lagi yer cerita ibu tentang kehamilan kali ini.. Oh ya! Ibu start pakai uniform bila kandungan dah 8bulan lebih. time tu baru ramai orang perasan yang ibu tengah pregnant.. semua ingat baru 6 bulan, rupanya dah dekat nak due dah pun.

Time ibu melahirkan Fawwaz, baru dah terbuang air besar serentak dia dilahirkan. MIL kata, kalau anak berak time ibu bersalin, maknanya si ibu berahsia tentang kehamilan.. Yer ker ibu berahsia? Ibu berahsia kat alam maya jer.. Tapi yang ibu heran, orang keliling pun tak perasan, hatta geng-geng SGM ibu. Diorang tahu ibu pregnant time last SGM hujung bulan 5.. time tu kan dah nak masuk 9 bulan tu.

Friday, July 15, 2011

Di sebalik nama Fawwaz Huzaifah


Dah habis entry pasal kelahiran Tengku muhammad Fawwaz Huzaifah, sekarang ni nak cerita tentang nama dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Fawwaz Huzaifah.

Sebenarnya selepas kelahiran Farish, ibu dan abi bersepakat untuk menyedondonkan semua nama-nama anak ibu dan abi sebagai Tengku Muhammad F....... H......

Nama Farish terilham dari mimpi abi.Haikal ibu tambah sebab nak bagi berirama.. lagipun abi kata macam tergantung jer nama Farish.
Nama anak kedua, abi teringin nak letak Handzalah sebab abi suka sangat dengan lagu Handzalah dendangan kumpulan Rabbani. Sebab Handzalah "H", so kena cari nama awal "F" pula, so terberkenan dengan Firas pula.
Anak ketiga, abi terjumpa dalam sebuah rencana tentang Huzaifah, berkenan pula nama tu, so tugas ibu carikan nama awal "F".. cari punya cari, berkenan dengan nama Fawwaz.

Fawwaz membawa maksud kejayaan/yang berjaya. Insya Allah anak ibu akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Manakala Huzaifah adalah nama sahabat Rasulullah. Beliau juga dikenali sebagai penyimpan rahsia Rasulullah.  Beliau juga menjadi pengintip musuh semasa perang khandak. Boleh baca sirah beliau di beberapa blog ini.
http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/10/12/huzaifah-bin-yamman-wafat-36-h656-m-2/

Kelahiran Fawwaz pun banyak yang kebetulan. Paling kebetulan adalah nombor 1 & 3. Jom kita tengok.
Fawwaz dilahirkan tepat jam 1:03 pada 8/7. (10387)
Tarikh lahir ibu adalah 10378... terbalik 7&8 jer

Fawwaz dilahirkan di dalam labour room 13.
Sijil lahir Fawwaz berakhir dengan nombor 0013..

Banyak sungguh no 3. Mentang-mentang anak ke3 yer.. jangan nanti kahwin 3 dah ler.

Sunday, July 10, 2011

Alhamdulillah, Ibu selamat melahirkan putera ketiga ibu

Alhamdulillah, selepas struggle meneran (boleh refer entry ni), Putera ke3 ibu dan abi selamat dilahirkan tepat jam 1:03am 8/7/2011 di bilik bersalin 13,Hospital Sultanah Bahiyah.
Alhamdulillah, Fawwaz dilahirkan sempurna, Apgar score 9/10 at 1 min, 10/10 in 5 min. 

Sebaik dilahirkan, ibu terus minta dari abi untuk buat skin to skin contact, first time tengok muka Fawwaz, rasa segala kesakitan hilang.. nak-nak tengok Fawwaz dah buka mata time tu, muka pulak asyik dok gomol dada ibu.. Ibu pun terus buat breast crawl, takdelah crawl mana, sebab Fawwaz memang dah atas dada dah. Tapi anugerah Allah, dia terus mengengsot, tangan tergapai2 cari breast. Sampai ketika dia nak start latch on, nurse minta untuk buat suction dan bersihkan baby dulu.. Tak sempat nak initiate BF. 

Sementara baby dibersihkan, ibu pun dijahit.. Alhamdulillah, luka sikit jer (1st degree tear).. Time tu pulak, riuh rendah kat luar, sebab ada ibu kena tolak masuk operation teater, ada ibu yang OS dah full.. staff pulak tak ramai bertugas (maklumlah pagi buta ).. So, tinggalllah ibu ngan abi jer dalam labour room. Sempatlah ibu tanya abi, apa perasaan abi tengok ibu bersalin tadi. Abi cakap, dia rasa sebak sangat sebab dia nampak ibu struggle sangat untuk kelahiran Fawwaz. Sebab sebelum ni, Farish dan Firas sekali teran jer. 

Tunggu punya tunggu, Fawwaz tak dihantar balik LR. Abi gi jenguk nak azankan Fawwaz. Ibu dengar dari LR suara abi azankan Fawwaz. Tapi Fawwaz tak boleh kelur lagi sebab doktor tak cukup nak clerking data. Adoi! Sampai kul 2am, Fawwaz tak diberi lagi untuk menyusu, ibu minta abi pergi minta Fawwaz untuk disusukan, it is almost dah dekat 1 hour ni.

Selepas tu barulah Fawwaz dibawa kepada ibu, dan baru ibu BF kan Fawwaz. A very good boy macam abang-abang dia juga, pandai latch on dan sucking. 
Initiate BF dalam Labour room
Pastu tunggu lagi sebab doktor belum review lagi. Ibu kesiankan abi sebab abi tak rehat lagi. satgi nak balik rumah pulak. Tunggu punya tunggu, pukul 2.45am, baru doktor datang review, dan lepas tu baru transfer masuk ward.Ibu masuk ward almost dah pukul 3.30am. Selepas everything settle, barulah abi balik rumah. Ibu pun tinggallah berseorangan dengan Fawwaz. 
Baru 2 jam lahir mata dah bukak luas dah

Tidurlah, perut dah kenyang tu




cerita Dalam labour room 7/7/11- 8/7/2011

Sambung sini pulak...

Contraction rasa makin kerap dan intense. CTG pun macam tak normal. Staff nurse terpaksa beri ibu oksigen, ibu tanya kenapa, dia kata takut baby ada masalah jantung since CTG nampak abnormal. SN minta ibu tidur mengiring supaya boleh meredakan kesakitan. By the time ibu mengiring, setiap kali contraction, ibu ras macam nak meneran. Doktor check OS lagi sekali, baru buka 6cm.. tpai ibu dah rasa gesaan nak meneran yang sangat-sangat. Ibu teran jerlah.. since kali ni tak ambik any painkiller, baru ibu rasa macam mana contraction yang sebenarnya. Time tu CTG pun jadi tak normal juga. SN minta ibu baring semula. Time tu ibu rasa contraction yang sakit, ibu minta boleh tak nak ambil painkiller time ni. SN kata, boleh ambil enthonox, tapi by the time nak letak mask tu, ibu tak reti nak bernafas, gesaan meneran kuat pula. So, SN check dan tengok, kepala baby dah nampak. Terus prepare untuk deliver. Tapi ibu pasti OS tak full, sebab time farish ngan Firas, ibu memang rasa kepala baby betul2 dah kat hujung, dan bila meneran, memang rasa ada benda macam nak keluar. Tapi kalai ni tak pulak, ibu tak rasa kepala baby kat hujung, macam kat dalam, cuma gesaan meneran tu memang dah ada.

So,bila semua ready, dibantu oleh abi, diorang minta ibu teran. Puas ibu teran, tak rasa macam nak keluar pun. Baby pun macam stuck kat situ jer. Sampailah ibu dah tak rasa contraction lagi. Dah tak rasa sakit. Memang susah nak meneran kalau takde ras contraction, diorang pun tahu yang ibu tak sakit, sebab muka cool, siap boleh senyum-senyum lagi. Yerlah, macam mana nak meneran, tak rasa sakit langsung. Abi, ibu nampak mata dah berkaca, dah merah-merah tahan nangis. Last2 doktor terpaksa bagi pitocin drip nak induce contraction balik. Selepas seminit, ibu rasa contraction balik, sepenuh tenaga, ibu push sampai lupa dah teknik meneran (yerlah dulu teran sekali dah keluar), ni dah hilang tenaga dah, dengan dinner kurma 5biji jer, jam pun dah dekat kul 1.00am, mana nak datang tenaga. Tapi bila fikir tentang baby, tengok muka abi yang dahstart nak nangis, ibu paksa juga teran, Alhamdulillah, selepas satu push yang panjang, baby keluar dengan laju, kelam-kabut SN ngan abi kontrol baby keluar. Alhamdulillah, dengar jer suara baby, ibu tau segalanya dah selamat.. Terus rasa bertenaga semula.

Fawwaz sebaik keluar dari rahim ibu


Sambung lagi on next entry..

Cerita Sebelum Kelahiran Tengku Muhammad Fawwaz Huzaifah

Alhamdulillah, akhirnya ibu selamat melahirkan anak lelaki ketiga ibu, Tengku Muhammad Fawwaz Huzaifah b. Tengku Nazim tepat jam 1:03am 8/7/2011. 

Sebenarnya Fawwaz lahir dah terlebih 3 hari. Kalau ikut EDD sepatutnya 5/7/2011.. tapi Fawwaz takmau keluar lagi. Ibu dan abi pun dah risau.. mana taknya kawan-kawan seangkatan ibu dah selamat bersalin walaupun EDD diorang lagi lambat dari ibu. Bukan itu saja Dr. Murizah, gynae specialist yang follow up ibu pun dah bersalin dahulu dari ibu. Masuk jer bulan 7, ibu dah cuak, langsung takde tanda-tanda nak bersalin. Orang lain pun asyik dok tanya, laa.. tak bersalin-salin lagi ka.

Macam-macam perkara ibu buat nak bagi cepat bersalin. Sebab ibu belum pernah overdue. Tiap2 hari ibu basuh baju dengan tangan, sebab antara petua, kena kerap mencangkung supaya bayi mudah turun. Makan makanan pedas-pedas, kerap berjalan (tiap2 hari ibu ajak abi jalan-jalan), kemas rumah, mop lantai.. tak jalan-jalan juga.. (lagi satu induced naturally.. takyahla nak citer yer)

Sampai hari sepatutnya ibu due, sorang staff nurse bagi ibu akar fatimah. Dia beli akar faitmah ni time gi umrah baru-baru ni. Diyakini antara khasiatnya adalah memudahkan proses bersalin. Ibu pun balik rendam dan minum air rendaman akar fatimah tu. Tapi takde tanda-tanda juga. So, lastly ibu dan abi tawakal saja. 

Sampailah 7/7/11, ibu pergi check up (hopefully yang terakhir), dah ler tak tahu nak jumpa gynae mana since Dr. Murizah dah selamat bersalin 4/7/11. Last2 ibu jumpa Dr. Rohaini. Since dah overdue 2 hari, dan still takde show,Dr Rohaini scan dan buat VE. Time tu OS dah buka 2cm. Dr. Rohaini stimulate dan dia kata, be prepare, esok,lusa Insya Allah dah boleh bersalin.

So, pastu ibu rasa tak selesa kat bahagian bawah, rasanya sebab stimulation tadi kot. Petang tu balik kerja, still takde rasa contration. Abi pula keluar pergi kedai, lambat pula abi balik. Maghrib tu ibu prepare nak solat , masuk toilet, tengok dah bleeding sikit, pastu start rasa contraction.. tapi mild jer. Relax, tengok berita jap, time tengok TV rasa contraction makin kerap, tapi still boleh tahan. Abi lak tak balik lagi.. Ibu pun terus prepare barang Farish dan Firas untuk hantar kat BS.

Dekat kul 8.30pm, abi balik, rupanya abi pergi pasar malam. Abi beli bahan nak minta ibu buat karipap dan gulai daging.. Sebenarnya dah lama abi request, tapi abi tak beli bahan pun. Tup2 malam ni abi beli, ibu pun kata ok, tapi abi kena tolong ibu potong2 bahan.

Ibu sebenarnya dah start rasa sakit, tapi kesian lak kat abi yang excited nak buat inti karipap. So, ibu kata biar ibu masak dinner,dan abi tolong potong daging dan kentang dulu. Ibu masak simple jer.. buat sayur kailan dan goreng telur.. Pas habih masak, rasa contraction makin kerap, ibu cakap kat abi, abi pun apa lagi, terus ajak gi hospital.. Ibu kata pergilah mandi dulu, makan dulu. ibu okay lagi.. So, pas mandi, makan dan settle Farish dan Firas makan, dalam pukul 10pm, kami pun keluar rumah dan hantar Farish dan Firas gi rumah BS dulu. Dan lepas tu terus pergi hospital. Smapai kat HSB, terus pergi PAC unit. Smapai tu check VE, OS baru buka 4cm, so terus admit masuk labour room.. tapi labour room pulak penuh. kena tunggu lagi kat situ sampai ada LR yang kosong. Tunggu, tunggu Alhamdulillah, pukul 11.30pm, ibu ditolak masuk ke labour room 13.

Time masuk LR, ibu call abi, memang anak-anak sebelum ni, abi akan masuk LR. Lagipun HSB memang melaksanakan husband friendly. Ibu nak abi yang sambut semua anak-anak ibu, dan 2 orang sebelum ni memang abi assist doktor dan nurse kat LR. Tetiba, malam tu, JM bertugas tak bagi abi masuk. Katanya, banyak kes hasben pengsan kat LR, hasben bising kat LR dll.. So, hasben hanya dibenarkan masuk bila isteri dah selamat bersalin.. So, kat mana title husband friendlynya? Dan nak dijadikan juga, malam tu memang staf bertugas abi tak kenal. Abi pun naik geram la.. Siap dia sound JM tu, jangan sampai saya masuk LR nanti, wife saya dah bersalin, kalau tak, saya mengamuk satu LR ni. Dan lastly ada staff call LR, actually staff nurse ni yang sambut ibu time Firas, dan dia juga nak sambut fawwaz juga, tapi nak buat macam mana, dia kerja shif pagi pulak. So, staff nurse ni yang bagi arahan kat JM tu supaya izinkan abi masuk since abi adalah staff hospital jugak.

Akhirnya abi pun masuk LR juga. Time kat LR, OS baru buka 5cm. So doktor decide untuk pecahkan air ketuban dulu. Kalau ikut estimate, ibu akan bersalin dalam pukul 4-5pgi. Time tu baru pukul 12.15am.Adoi! lama tu nak tunggu. Tapi ibu yakin ibu akan lahir lebih cepat dari tu (mengikut pengalaman sebelum ni).

Untuk kelahiran kali ni, ibu decide takmau ambil sebarang painkiller. Waktu Farish ibu diberikan jab Pethidin, so ibu memang tidur sampai OS full. Ras sakit, tapi macam dalam mimpi jer. TIme Firas, ibu ambil gas Enthonox. Ras macam high jer, so dok layan gas sampai OS full.

Kali ni ibu nekad takmau ambil sebarang painkiller.. painkiller ibu hanyalah zikir dan doa.. dan ingat, kena minta ampun dari suami (kalau mereka yang ada ibu, minta ampun dengan ibu sekali).. okay, nanti ibu sambung saat-saat melahirkan pulak on next entry.

Saturday, July 2, 2011

Susu saya cukupkah?

Ibu nak revise balik masalah-masalah penyusuan yang sering ibu-ibu alami di luar sana. Since sekarang ni ramai ibu yang contact ibu adalah mereka yang masih dalam pantang. Kebanyakan masalah mereka adalah mereka merasakan susu mereka tidak cukup mengenyangkan bayi mereka. Antara masalahnya adalah
1. bayi melekap terlalu lama
2. bayi menyusu dengan kerapnya
3. breast tak rasa penuh, tak bengkak
4. bila pam, output sikit (dalam 1-2oz)

Dan ibu rasa ramai lagi ibu-ibu yang mengalami masalah ini terutama semasa tempoh berpantang.

Pertamanya ibu kena faham apa yang dikatakan cukup susu, apa yang tidak cukup susu. Apa yang ibu perlu lakukan:
1. Periksa output baby (kencing dan najis)
- secara logiknya, kalau intake ada, sure output pun ada kan. maknanya kalau baby kencing dan berak maknanya susu anda cukup.
 pembuangan air kencing: 6-8 kali dalam tempoh 24jam (nak tepat, guna lampin kain, sebab setiap kali kencing, sure lencun, so kita pun boleh kira bilangan baby kencing)..
pembuangan air besar : 3-8kali dalam tempoh 24jam dan semakin berkurang bila usia meningkat. warnanya kuning keemasan.. tidak cair, tidak berketul.

2. Periksa teknik lekapan (latching)
Pelekapan tidak sempurna menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Dan ini menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan efektif.. apabila payudara tidak dikosongkan, maka hormon FIL (feedback inhibitor of Lactation) akan bertindak dan menyebabkan kurang susu.

3. Pertumbuhan bayi
Berat bayi bertambah dari minggu ke minggu dan meningkat bulan ke bulan.biasanya selepas lahir bayi akan hilang berat badan sebanyak 7% dan mula bertambah semula apabila mencecah usia 6-10 hari.

berat bayi akan bertambah 100-200g setiap minggu dalam 6 bulan pertama, 85-140g antara 6 bulan - 1 tahun. Berat bayi berganda pada usia 6 bulan, dan 3x ganda pada usia 1tahun.

4. Lihat fizikal bayi
Bayi yang cukup susu biasanya mempunyai kulit yang sihat, tidak pucat. Bayi juga akan nampak gembira dan aktif. So, kalau baby anda relax, kulit bersih dan sihat, Insya Allah, susu anda itu cukup sebenarnya.

Paling penting ibu kena relax, jangan stress.. Memang kalau pantang dijaga oleh orang tua, banyak edisi-edisi dan petua2 yang mereka bagi. Sebab itu, ibu perlu ada pengetahuan tentang penyusuan supaya dapat menerima sama ada nasihat itu baik atau sebaliknya.

boleh refer artikel ibu tentang Low milk Supply 





Related Posts with Thumbnails