Alhamdulillah, selepas struggle meneran (boleh refer entry ni), Putera ke3 ibu dan abi selamat dilahirkan tepat jam 1:03am 8/7/2011 di bilik bersalin 13,Hospital Sultanah Bahiyah.
Alhamdulillah, Fawwaz dilahirkan sempurna, Apgar score 9/10 at 1 min, 10/10 in 5 min.
Sebaik dilahirkan, ibu terus minta dari abi untuk buat skin to skin contact, first time tengok muka Fawwaz, rasa segala kesakitan hilang.. nak-nak tengok Fawwaz dah buka mata time tu, muka pulak asyik dok gomol dada ibu.. Ibu pun terus buat breast crawl, takdelah crawl mana, sebab Fawwaz memang dah atas dada dah. Tapi anugerah Allah, dia terus mengengsot, tangan tergapai2 cari breast. Sampai ketika dia nak start latch on, nurse minta untuk buat suction dan bersihkan baby dulu.. Tak sempat nak initiate BF.
Sementara baby dibersihkan, ibu pun dijahit.. Alhamdulillah, luka sikit jer (1st degree tear).. Time tu pulak, riuh rendah kat luar, sebab ada ibu kena tolak masuk operation teater, ada ibu yang OS dah full.. staff pulak tak ramai bertugas (maklumlah pagi buta ).. So, tinggalllah ibu ngan abi jer dalam labour room. Sempatlah ibu tanya abi, apa perasaan abi tengok ibu bersalin tadi. Abi cakap, dia rasa sebak sangat sebab dia nampak ibu struggle sangat untuk kelahiran Fawwaz. Sebab sebelum ni, Farish dan Firas sekali teran jer.
Tunggu punya tunggu, Fawwaz tak dihantar balik LR. Abi gi jenguk nak azankan Fawwaz. Ibu dengar dari LR suara abi azankan Fawwaz. Tapi Fawwaz tak boleh kelur lagi sebab doktor tak cukup nak clerking data. Adoi! Sampai kul 2am, Fawwaz tak diberi lagi untuk menyusu, ibu minta abi pergi minta Fawwaz untuk disusukan, it is almost dah dekat 1 hour ni.
Selepas tu barulah Fawwaz dibawa kepada ibu, dan baru ibu BF kan Fawwaz. A very good boy macam abang-abang dia juga, pandai latch on dan sucking.
Initiate BF dalam Labour room |
Pastu tunggu lagi sebab doktor belum review lagi. Ibu kesiankan abi sebab abi tak rehat lagi. satgi nak balik rumah pulak. Tunggu punya tunggu, pukul 2.45am, baru doktor datang review, dan lepas tu baru transfer masuk ward.Ibu masuk ward almost dah pukul 3.30am. Selepas everything settle, barulah abi balik rumah. Ibu pun tinggallah berseorangan dengan Fawwaz.
Baru 2 jam lahir mata dah bukak luas dah |
Tidurlah, perut dah kenyang tu |
comeln siapa jaga farish & firas time ni kak?
ReplyDeletetahniah ye hana..mg baby sihat minum susu ibu,,,
ReplyDeletecongrats kak hana. third hero jugak....
ReplyDeletealhamdulillahhh.. tahniah kak.. :)
ReplyDeleteAkma: Farish & Firas hantar rumah BS. So malam tu diorang memang tido sana.
ReplyDeleteAju, Shira, Lady: thanx
tahniah hana..comeynya...mmm..ayu dulu pun masa bersalinkan danial , hariz tinggalkan kat rumah pengasuh....
ReplyDeletealhamdulillah Ayu. nasib baik dapat BS yang baik. Tak dapat bayangkan kalau hantar anak kat nursery, manalah nak hantar diorang nanti.
ReplyDeletetahniah kak dah masuk 3 yer...hero2 semua...saya ada sorang hero pun dah penat x terkejar, inikan 3
ReplyDeletePizet, rezeki tu. Time ni kerjasama hasben n wife paling diperlukan.
ReplyDeletecongrats hana!!! sangat comel baby...
ReplyDeletetahniah kak.. ;)
ReplyDeletecongrats ibu:)
ReplyDeleteK.hana,
ReplyDeleteashlia here.
congrats!.....hepi tuk k.hana.lama tak jengah blog k.hana.tatau pun k.hana preggy.
kiutnye fawwaz......................
hepi breastfeeding and selamat berpantang ye..