ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, July 26, 2011

Keperluan Nutrisi Ibu menyusu

Ibu-ibu yang mengandung dan juga menyusu memerlukan lebih nutrisi dalam tubuh mereka. Di sini ibu ingin share tentang keperluan nutrisi untuk ibu menyusu.

Antara fakta yang perlu kita tahu: 
  • Ibu menyusu perlu makan dan minum secukupnya. Ibu menyusu tidak memerlukan makanan khas ataupun perlu mengelakkan makanan tertentu untuk menyusu.
  • Badan wanita menyimpan lemak semasa mengandung untuk membantu menyediakan susu untuk penyusuan.- susu dihasilkan dari lemak yang disimpan dan juga dari makanan yang diambil.
  • Pemilihan makanan yang tidak sihat ataupun kurang makan tidak menjejaskan penghasilan susu - ibu yang sibuk bekerja, tak sempat makan, tak cukup makan selalu merasakan akan menghasilkan susu yang sedikit.. tetapi dengan kekerapan menyusu, ianya dapat memastikan bekalan susu sentiasa mencukupi.
  • Ibu dalam pantang tidak sewajarnya menghadkan pengambilan makanan dan minuman. Ibu dalam pantang perlu ambil lebih minuman terutama jika anda kurang membuang air kecil atau air kencing menjadi pekat.


Jom kita tengok perbandingan keperluan nutrisi antara wanita biasa, wanita mengandung dan wanita menyusu

Energy and Nutrients needs

Carta di atas boleh membantu kita mendapatkan sumber makanan yang tepat untuk penyusuan.
Hmm.. wanita menyusu kena makan lebih berbanding wanita hamil.. tapi kita ni terbalik, time pregnant makan tak ingat, pas bersalin sekat sana sekat sini, pas pantang sibuk nak diet..


Number of serving
Carta atas ni pulak menunjukkan kumpulan makanan. sebenarnya tak jauh beza pun corak pemakanan wanita normal dan wanita menyusu. Yang penting kena pastikan cukup segala keperluan yang diperlukan. 

sumber : Nota Breastfeeding Promotion and Support- Maternal Health, Kementerian Kesihatan Malaysia

2 comments:

  1. oh.....(smbil mulot nganga..)
    baru tahu yg sy perlu mkn lebih rupanyer pasni..hihiih..
    btw, thanks for the info =)

    ReplyDelete
  2. saya setuju ibu menyusu perlu makan lebih..tapi yang saya konfius kat sini, bila lepas bersalin je, banyak benda tak boleh makan..kena pantang.. contohnya macam buah-buahab dan sayur-sayuran..ada yang tak boleh dimakan, takut sejuk badan (orang tua-tua cakap) dan nanti bila tua cepat sakit badan..adakah ini benar??

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails