ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, January 22, 2011

BF SGM Alor Setar 1/2011

Kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu yang berada di sekitar Alor Setar pada 22hb Januari ini anda semua dijemput hadir ke BF SGM Alor Setar 1/2011

Berikut adalah details tentang program


Dijemput kawan2 hadir ke perjumpaan Support Group Meeting kawasan Alor Setar, Kedah yang pertama untuk tahun 2011.

Tarikh : 22 January 2011 (Sabtu)

Waktu : 9.30 pagi - 1 tgh

Kos : PERCUMA!!

Konsep : Potluck (Setiap peserta diminta membawa hidangan makanan untuk dikongsi bersama2. Sila bawa bekas makanan dan gelas masing2)

Tempat: Whizchini Shoppe
No 142 Tingkat 2, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darulaman
05100 Alor Setar Kedah
(juga dikenali sebagai kompleks kancut)

Topik:
1)Soal jawab tentang permasalahan penyusuan susu ibu

Sekiranya ada apa-apa masalah, jangan segan sila hubungi:-

Pn Hana
Peer Counselor
http://hanaseman.blogspot.com/
(msg facebook atau 0194510378)

Pn Rini
http://whizchini-shoppe.blogspot.com/
(msg facebook atau 0124223080).


Terima Kasih


Saturday, January 15, 2011

Supplement dan Penyusuan- Bahagian 2

Setelah seminggu blog ni tak bersentuh, hari ni barulah ibu berkesempatan mengupdate blog ibu ni.
Banyak komen yang ibu terima.. Terima kasih di atas support.

Tujuan ibu bukanlah untuk menidakkan pengambilan supplement, tetapi biarlah secara berhemah.
Ibu juga ambik supplement iaitu calsium-magnesium tablet kerana ibu ada masalah spine, so doktor syorkan ibu ambik sumber kalsium tambahan. Dan lagi sekali ibu ambik atas nasihat doktor.

Berbalik kepada perang supplement (ini ibu qoute dari diskusi among BF mom), dan juga feedback dari beberapa rakan ibu melalui SMS, supplement adalah perlu sekiranya tubuh badan kita tidak mencukupi sumber galian tersebut. Atau badan kita memerlukan lebih nutrient tersebut.
Cumanya sekarang ni ramai ibu-ibu yang ambik supplement semata-mata kerana testimoni dari pengguna ataupun hasil promosi dari penjual tanpa mengambil nasihat doktor atau pakar pemakanan.
Ibu tak sempat nak cari referrence untuk proof, tapi ibu pernah terbaca, sekiranya kita mengambil nutrient melebihi daripada keperluan tubuh, nutrient tertentu itu boleh memusnahkan nutrient yang lain. Ibu dah lupa vitamin apa, kalau kita ambik secara berlebihan, ianya akan menyerap vitamin yang lain dalam tubuh badan.

Ada juga komen yang mempertikaikan kenapa supplement untuk ibu menyusu dipertikaikan tetapi supplement yang diberikan doktor semasa mengandung tidak dipertikaikan pula.
Okay, secara terang, supplement yang diberikan oleh doktor semasa mengandung adalah atas nasihat doktor, atas preskripsi doktor bukan? Kalau doktor dah beri supplement, then atas nasihat kawan kita tambah lagi supplement tambahan, nanti dpaat baby besar, salahkan supplement plak. Sebab ada orang tanya ibu, orang kata ambik obimin, nanti baby besar. Ibu tnaya doktor, doktor kata, kalau dah ambik obimin, tak payahlah ambik vitamin lain. Ini tak doktor dah beri segala vitamin, pergi ambik pula obimin, multivitamin dan lain-lain, manalah anak tu tak besar. So, to be fair, kenapa semasa menyusu, ibu-ibu tidak mendapatkan khidmat doktor untuk merekomenkan supplement yang baik untuk diri anda, bukannya beli atas nasihat orang lain semata?

Ada satu sms ibu terima tentang supplement yang diperkenalkan kepadanya untuk tujuan penyusuan. Menurut beliau, mulanya penjual meminta dia mencuba set A dulu, selepas habis satu set A itu, beliau tidak mendpaat kesan seperti yang diwar-warkan, maka penjual terus mengesyorkan set B pulak yang harganya 2x ganda dari set A. Tapi sebab waktu tu, duit tak cukup, beliau tidak jadi beli. Maka dia mencuba pula makanan2 natural, makan secara lengkap. Alhamdulillah, production susu dia bertambah walaupun tanpa supplement.

Ada komen yang mengatakan macam mana nak makan makanan seimbang sekiranya balik rumah hanya dapat goreng telur saja? Kenapa fokus pada makan malam saja? Breakfast, lunch, takkan tak makan ideal meal. Bagi ibu, waktu lunch ibu memang akan ambik lauk (ikan/ayam/daging), sayur atau ulam, buah dan air. Ibu suka order fresh fruit gula sikit. Bagi ibu itu dah cukup bagi ibu. Breakfast, ibu memang minum coklat + susu tepung, nasi lemak/bihun goreng ataupun ada rezeki lebih ada jamuan pagi kat tempat kerja. Malam, ibu masak simple saja, tapi takdelah sampai setakat goreng telur jer. Abi jenis tak cerewet, cukuplah ikan goreng/rebus, cicah sambal belacan dan sedikit ulam atau sayur. Kat rumah memang sentiasa ada buah. Bagi ibu makanan ibu, Insya Allah hampir seimbang.

Makan supplement atas nasihat doktor atau pakar pemakanan, mana-mana label supplement pun ada tertulis "sila dapatkan nasihat doktor" bla bla bla kan.

Kejayaaan penyusuan bukan terletak kepada jenis supplement yang anda ambik, tapi ilmu yang anda belajar untuk menjayakan penyusuan. Rehat yang cukup, jiwa yang tenang, tidak stress, konsisten dalam pemerahan (sekiranya anda bekerja), makan makanan seimbang, minum air secukupnya, yakin diri, tawakal kepada Allah kerana susu itu juga adalah rezeki dariNya..

p/s: ibu ada blogwalking beberapa blog yang menjual supplement, Alhamdulillah, sudah ada penjual yang menghighlightkan supplement untuk kesihatan, bukan seperti selalu yang hanya menekankan tentang penyusuan.. thanx to your support.

Wednesday, January 12, 2011

Masih tidak sihat

Adoi! Ibu minta maaf sebab tak dapat nak update blog.
Alkisahnya selepas ibu sakit belakang minggu lepas, abi pulak demam 2 hari, elok abi nak kebah, berjangkit pulak kat Firas. Lepas Firas, Farish pulak, dan last sekali ibu pun terjangkit sama. Hari sabtu hari tu, kami berempat menghabiskan masa dengan tidur, tidur dan tidur sajasehingga lunch pun pukul 4pm baru makan.

Sebenarnya dah sihat dah semalam, tapi malam tadi, Farish dan Firas suhu badan naik balik, pukul 2pagi, abi ajak ibu cari klinik yang buka 24jam. Pusing satu Alor Setar, takde satu pun klinik buka. Last2 balik rumah. Pagi ni abi bawa Farish pergi private klinik yang orang kata bagus kat Alor Setar. Firas menurut abi, dah sihat dah pagi ni, makan dan minum macam biasa dah.

Anak-anak ibu bila tak sihat, depa mesti nak ibu juga. Tak kisahlah ibu cuma tidur pun, janji ibu ada atas tilam dengan depa.

Disebabkan semalam ibu tak dapat rehat yang cukup, pagi ni kepala ibu sangat sakit. Pergi kerja, ibu amik paracetamol 2 biji, dan ibu pergi tidur kat surau. Pas 2 jam tidur, baru ok sikit, masuk balik bilik ibu. Disebabkan bilik ibu aircond dia melampau sejuk, ibu dah menggigil balik. Terus apply off petang, supaya ibu dapat lari dari aircond.

Alhamdulillah, balik rumah beli bihun sup dulu, pas makan, sembahyang, ibu tidur. Bangun tidur berpeluh satu badan, baru rasa badan fresh balik..

Nantilah yer, ibu banyak benda nak dikongsi, tapi keadaan kesihatan tidak memuaskan. Lagipun 3 hero ibu takkan bagi can ibu mengadap laptop punyalah bila kat rumah.

Thursday, January 6, 2011

Supplement dan Penyusuan

Bila menyentuh tentang bagaimana nak penyusuan, ibu-ibu moden sekarang tidak terlepas untuk membincangkan tentang supplement yang perlu diambil semasa menyusu. Ada yang kata brand A boleh banyakkan susu, brand B boleh pekatkan susu, brand C pula tingkatkan kualiti susu, brand D akan tambah nutrisi atau zat tambahan dalam susu ibu. Maka seorang ibu yang inginkan susu yang banyak,pekat,berkualiti dan mempunyai nutrisi tambahan akan mebeli kesemua brand A-D.. Setiap satu berharga Rm40 untuk 30biji, total RM Rm160 untuk sebulan. Sepuluh bulan dah RM 1600.
Banyakkan perlu belanja untuk menjayakan penyusuan yang berkualiti dan berterusan.

Sebenarnya perlukah suppplement dalam penyusuan?
Ibu mengambil petikan dari website Kellymom.com
If you eat a reasonably-well balanced diet, vitamin supplements are not considered necessary for breastfeeding mothers.
Maknanya kalau ibu-ibu mengamalkan diet seimbang, supplement tidak perlu sebenarnya.

Habis kalau tak ambik supplement, cukup ke dengan makanan yang kita makan sahaja?
Ok, kita tinggal di Malaysia yang ibu rasa tergolong dalam negara yang kaya dengan makanan. Tengok orang kita pun dah cukup melambangkan rakyat Malaysia bukan dalam kategori kebuluran. So tak perlulah bimbang makanan yang kita ambil cukup atau tidak untuk penyusuan, melainkan kita langsung tak makan apa-apa, itu patutlah risau.

Ibu juga nak quote tulisan Shida dalam FB dia
Kualiti pemakanan yang terkandung di dalam susu ibu pada amnya sentiasa mencukupi, dan jarang dipengaruhi oleh keadaan ibu, walaupun kalori dan pengambilan pemakanan ibu tidak mencukupi. Jawatankuasa Taraf Pemakanan Semasa Mengandung dan Laktasi dari The Institute of Medicine, " tersangat kagum dengan bukti bahawa ibu masih mampu menghasilkan susu yang mencukupi dari segi jumlah dan kualitinya untuk menyokong dan menggalakkan tumbesaran dan kesihatan bayi, walaupun bekalan nutrien dan tenaga untuk ibu itu terhad."
Kadang-kadang (malas nak cakap), ibu rasa iritate sangat dengan penjual-penjual supplement ni. Siap dengan tetimonial mengaitkaan selepas mengamalkan supplement brand ABC, susu saya makin banyak, makin pekat dan yang paling penting lebih berkualiti.
Ibu nak minta maaf sangat-sangat kepada penjual2 supplement ni, please promote wisely. Baca dulu artikel2 yang ditulis oleh international LC. Supplement adalah untuk ibu, bukan untuk bayi. Maknanya makan supplement adalah untuk kesihatan ibu, sebenarnya supplement itu meresap ke bahagian tubuh badan seperti usus, tulang, kulit dan bukan kepada susu. So please ibu-ibu semua, fahamilah bahawa pengambilan supplement untuk diri anda, bukan untuk susu anda.

Malah, seorang PC ada menceritakan bahawa seorang BF mom telah berjumpa dengannya. dia telah menghabiskan beratus-ratus RM dalam sebulan untuk membeli supplement supaya susunya menjadi lebih banyak dan berkualiti. Apa yang berlaku ialah, suaminya amat kecewa kerana isterinya telah menghabiskan begitu banyak RM untuk menyusu dan meminta isterinya berhenti menyusu. Lebih baik beri FM sahaja kerana FM tidaklah sampai RM100 untuk sebulan. Maknanya, menyusu tidaklah menjimatkan. Maka selepas menerima kaunseling, dan ibu tersebut telah diberi penjelasan panjang lebar, maka dia mula faham konsep penyusuan. Sleepas itu, terus stop beli supplement dan perjalanan BF dia masih seperti biasa, seperti ketika dia mengambil suplement.

Renung-renungkanlah ibu-ibu diluar sana. Penyusuan adalah sesuatu yang alami. Dan Allah tidak akan membebankan hambaNya untuk melaksanakan ibadahNya.

Wednesday, January 5, 2011

Cerita Kopi

Buat entry tentang Kafein sebelum entry ni teringin pulak nak minum kopi kampung panas-panas cicah biskut.
Ibu sebenarnya tak boleh nak minum nescaffe, indocafe kat, apa2 coffee lain hatta kopi Radix. Starbuck ka, old town ka, cappucino ka,mocha ka semua ibu tak boleh tolerate. Pas minum mesti rasa mual, loya, pening, dan sebagainya.

Ibu pun bukan peminum kopi tegar. Kat rumah pun stok kopi, kejap ada kejap tak ada. Kadang tu sampai keras kopi tu. Tapi sekali sekala memang teringin gak nak minum kopi.

Kopi yang ibu boleh tolerate adalah kopi kampung. Kopi yang memang orang kampung buat. Dalam banyak-banyak kopi kat pasaran ibu paling suka Kopi cap Raga dan Kopi cap Gantang.

Ini kopi cap Raga: Kredit to http://ordinarypapa.wordpress.com

Ini pulak kopi cap Gantang: kredit to http://ordinarypapa.wordpress.com

Dua-dua jenis kopi ni boleh jumpa kat area Utara sahaja. Sebab kilang dia memang kat Kedah.
Yang Kopi cap Raga tu kilang dia kat Kg. Raga, Yan, dekat jer dengan rumah ibu kat kampung. Kalau hari Rabu, pekan kat kampung ibu ada pekan hari, kami panggil pekan rabu. Kat pekan hari tu, kopi cap raga tu depa proses kat situ juga, dan pack kat situ. So, memang beli fresh dan panas lagi. Time kecik dulu ayah ibu selalu suruh ibu beli, so suka lepak kat mesin kopi tu, sebab bau dia memang best. Ada lagi ke tak pakcik yang pakai kopiah putih jual kopi tu.

Kopi cap Gantang tu pulak, made in Baling, Kedah. Yang ni ibu tak pernah beli fresh la sebab jauh dari rumah ibu. Tapi kat kedai runcit memang ada jual. Tapi antara 2 jenis ni ibu lagi suka kopi cap Raga. Maybe sebab selalu beli tu memang fresh dari mesin kot. Lagipun bangga sebab hasil orang kampung sendiri.

Ibu ada try jugak kopi lain kat pasaran macam kopi cap kapal api, kopi janda, kopi cap lain-lain tu, tak sama macam kopi cap raga. Sebab dah komersil kot, depa campur bahan lain sama kot, yerlah sekarang ni macam2 jenis kopi, campur tulah, campur nilah, rasa dah tak asli.

Kalau nak tau kopi ni kena minum dalam cawan putih. So nanti nampak kesan kopi melekat kat tepi cawan, itu yang mahal tu. Info ni ibu dapat time menonton Nasi Lemak Kopi O weekend hari tu. Paling best cicah dengan biskut kering, atau makan goreng pisang ka, goreng keledek ka...

Aduih! teringin lak nak minum kopi kampung ni. Tapi nak dapat kopi cap raga yang fresh ni kena balik kampung,ibu dahla jarang balik kampung sejak mak meninggal. Cari kat kedai runcit jerlah.



Kafein dan Menyusu

sumber: google image


Banyak pertanyaan sebelum ni sama ada ibu menyusu boleh atau tidak minum kopi/nescaffe atau minuman bercaffein.

Ada pendapat yang mengatakan kafein boleh mengurangkan susu, ada yang menegah dari minum kafein. Maka di sini ibu cuba cari konklusi untuk persoalan ini.

Sebenarnya ibu menyusu BOLEH minum kafein.
Malah ada kajian menunjukkan kafein boleh menambahkan kuantiti susu. Berita baik untuk penggemar kafein.

Namun ,pengambilannya harus berpada-pada. Kesan terhadap bayi adalah minima. Namun cuba perhatikan kelakuan bayi selepas kita minum kafein. Sekiranya bayi seperti tidak selesa, kembung perut, susah tidur, meragam, maka anda harus mengurangkan atau elakkan pengambilan kafein. Boleh ambil semula bila bayi anda sudah besar nanti.

Bila ibu kata kafein tidak memudaratkan penyusuan, haruslah berhati-hati juga pengambilan kafein ini. Terdapat info yang menyatakan pengambilan kafein pada kadar berlebihan boleh menyebabkan peningkatan denyutan jantung, meningkatkan aliran darah, meningkatkan suhu badan, meningkatkan kadar gula dalam darah, bertindak sebagai diuretik, bermakna anda akan kerap membuang air. Ini menyebabkan anda akan kekurangan air dalam badan.

Kalau tengok pada kesan2 kafein di atas, awas sekiranya anda mempunyai masalah darah tinggi, kencing manis serta penyakit jantung. Berhati-hati juga bagi mereka yang mempunyai keturunan penyakit di atas.


p/s: ibu memang tak boleh minum nescaffe, nanti ibu akan loya, mual, sakit perut, pening dsb. Tapi kalau kopi kampung tu, ok pulak. Kopi kampung ni minum panas-panas cicah biskut kering tu memang best.

Rich Mom Diary- Assignment for top 10 Participant



Semalam ibu blogwalking, dan jengah jap blog Lynn. Wow! Tak sangka ibu, Farish antara top 10 contest Show Me your Teeth.. Boleh tengok kat entry sini
Ibu ingatkan dah ada pemenang since dah lama gak tak jenguk blog Lynn. Sekali dia bagi assignment sudah.. kena buat karangan tidak melebihi 150 patah perkataan. Ibu ni but mengarang yng ringkas2 ni tak pandai, sebab ibu suka menulis panjang-panjang (ntah orang faham ke tak apa yang ibu tulis)

Assignment tersebut adalah tentang

1) APA YANG MENARIK TENTANG BLOG HARLINDA HALIM a.k.a RICH MOM DIARY INI; dan

2) APAKAH TOPIK YANG PALING ANDA SUKA BACA DALAM BLOG HARLINDA HALIM a.k.a RICH MOM DIARY.

Ibu start FOLLOW blog Rich Mom Diary (RMD) ni rasanya dah lebih setahun. Ibu kenal blog dia semasa aktif berforum kat Susuibu.com. Rasanya dulu Lynn guna blogspot sebelum beralih ke domain sendiri. Suka cara penulisan Lynn, santai dan ceria gitu, ditambah pula dengan foto-foto yang cute. Ibu tak baca setiap entry Lynn, tapi sebab memang dah ada dalam bloglist, ada update yang menarik minat ibu, confirm ibu akan klik.. Cuma terlalu jarang meninggalkan komen.

Ibu suka baca semua entry dalam RMD. RMD ni majoriti adalah kisah BF journeynya bersama Danish tersayang serta BF info untuk panduan ibu2 yang ingin menyusu. Banyak panduan penyusuan tau, paling ibu ingat adalah pumping kat work station. Siap gambar sedang mengepam sambil senyum simpul gitu. Banyak tips BF ibu-ibu boleh collect kat situ. Selain tu ada juga info-info tentang blogging, vacation, isu semasa dan sebagainya.

Jangan tak tau lawyer bizi macam Lynn ni ada butik tau.. boleh check kat RICH MOM BOUTIQUE. Dalam sibuk bekerja pun sempat bisnes tu. Cuma ibu tak pernah soping kat situ. Maybe kalau ibu menang, ibu nak order 1,2 barang kot, pastu bagi diskaun yer Lynn.. Wah! demand gitu.

Okay Lynn, itu jer kot yang sempat ibu 'kipas'.. Nak kipas lagi tapi sebab terhad 150words jer, ini jer yang ibu mampu tulis. Moga-moga ada rezeki ibu untuk permulaan tahun 2011 ni.. Amiin..

Monday, January 3, 2011

Ibu dan spine problem

(Dah dasar blogger, orang suruh rest pun nak jugak jenguk PC.)
Bila ibu mention yang ibu ada sakit belakang, macam-macam tanya. Sejak bila, macam mana kena dan lain-lain.
Okay, kat sini ibu cerita sejarah back pain ibu. Secara ringkas sebab ibu tak boleh duduk lama-lama depan PC

Sebenarnya ibu start dapat back pain time matrix lagi. Ibu memang jenis aktif kat sekolah, wakil sekolah, kat matrix pun sama, wakil matrix main netball dan juga olahraga.
Satu hari (pas habis matrix), ibu lepak kat rumah sementara nak tunggu panggilan masuk U. Bangun pagi tu, rasa tak boleh bangun. Kena bergolek turun katil. Bila jalan rasa tegang sangat belakang badan. Terus cakap kat mak.. Ayah ibu biasalah, sikit-sikit mesti nak suruh tradisional. So ibu pergi berurut dengan bidan (belum kahwin dah jumpa bidan).
Pas urut, okay.

Time kat uni pun pernah jadi sekali, itupun kat rumah jugak, so berurut lagi, dan ok. Bidan tu kata "cekang urat"..

Bila kerja ibu masih aktif bersukan kat tempat kerja pulak. Satu hari tu, ibu tengah training netball, sekali time nak shoot tu, ibu terdengar punya "prak" pastu terasa sakit pinggang. Esoknya, sama gak , sakit belakang, tapi masih boleh pergi kerja. Refer doktor, doktor bagi ubat dan buat physio. Waktu kat physio, physiotherapist tu check dia kata spine ibu flat, sepatutnya curve, so dia request buat x-ray. Dan result x-ray memang jelas yang spine ibu flat.. tak sure adakah sejak lahir atau acquired. Ibu tanya apa side effect dia, doctor kata mudah nak dapat back pain, especially kalau angkat beban. Tapi dia tak halang pun nak main sukan. Tapi untuk jangka masa panjang tu, tak pasti. So kalau sakit memang pergi physio dan ambik ubat tahan sakit jer.

Sebenarnya doktor pernah suggest ibu amik ubat Myonal, tapi sebab ibu BF, so ubat tu tidak sesuai. Since sakit tu bukan kerap (selang 2,3 tahun), ibu rasa ibu boleh bertahan. So far, buat physio jer dah ok..


Ibu MC 7 hari

Hari ni ibu dapat MC 7 hari dari doktor ortopedik. Kenapa yer? Sakit belakang ibu muncul kembali.

Semalam, ibu okay lagi, bangun pagi, basuh baju, selimut segala dan kemas rumah. Tapi menjelang tengah hari ibu start rasa sakit belakang, makin lama makin sakit especially kalau ibu duduk lama-lama.
Menjelang malam, ibu rasa makin sakit, ibu dah rasa mesti sakit lama ibu tu berulang lagi. Ibu belek badan ibu depan cermin, ibu dah nampak hip ibu sebelah kiri dah jatuh sikit.. berdiri pun dah rasa senget sebelah. Aduih!

So hari ni, ibu terus pergi klinik ortopedik (abi kerja kat situ, so takde problem lah nak jumpa doktor), after buat investigation, memang doktor suspect PID (prolapse invertebral disc), tapi tak boleh nak confirm sebab tak boleh nak buat ujian radiologi hari ni.

So, ibu kena on treatment, makan ubat. Kena banyakkan rehat. So, walupun dok rumah saja, ibu tak boleh nak online lama-lama sebab ibu tak boleh duduk lama-lama. Kang bertambah sakit.

So maybe ibu akan berehat selama 7 hari, online sekali sekala jer kot.. Anak-anak semua hantar rumah BS.. so totally rest.

Sunday, January 2, 2011

SOROTAN 2010, ILTIZAM 2011




Entry ni ibu buat ketika 2011 sudah masuk 2 hari. Sebenarnya ibu menghabiskan hari akhir 2010 di kampung, so tak boleh nak online.

Sorotan 2010 dalam hidup ibu, Alhamdulillah segalanya berjalan (nak kata lancar tak juga, ada yang tersekat, ada yang licin), tapi semuanya berjaya dilaksanakan.

Imbas kembali 2010, ketika usia perkahwinan ibu baru berusia 2 tahun 6 bulan, ibu telah dikurniakan 2 orang cahayamata. Pada Jan 2010,Ibu dan abi berjaya melakukan akikah buat kedua-dua putera ibu. Usai sudah tanggungjawab ibu dan abi.

Pada Mac 2010, ibu telah mendpaat jemputan untuk menghadiri kursus Malaysian Breastfeeding Peer counselor. Alhamdulillah, selepas 3 hari kursus ibu dan 18 lagi kawan ibu telah berjaya menjadi MBfPC dan bertanggungjawab dalam memberikan kesedaran dan membantu ibu-ibu lain untuk meneruskan penyusuan susu ibu. ALhamdulillah, bertitik tolak dari kursus tersebut, ibu dan juga seorang PC lagi Aznor Hana telah menggalas tanggungjawab sebagai pC bagi negeri Kedah dan berkat bantuan kawan ibu Rini, kami berjaya mengendalikan beberapa siri SGM secara kecil-kecilan (Mei, Jun, Julai, Spetember, Oktober). Juga ucapan berbanyak terima kasih buat PC-PC yang datang membantu ketika SGM sedang berjalan. Insya Allah tahun 2011 nanti,ibu dan kawan-kawan ibu akan cuba menyusun aktiviti SGM yang lebih terancang.

Kerjaya ibu, Alhamdulillah, ibu dah confirm kenaikan pangkat. Dan Alhamdulillah, ibu telah membeli rumah kedua kami, dan telah pun siap, cuma tunggu CF sahaja. Tahun ini ibu tak banyak menghadiri kursus seperti tahun-tahun sebelumnya. Betullah bila kita dah berkeluarga, keluarga leibh diutamakan. Kalau perlu berkursus lebih dari 2 hari, ibu kena tanya abi sama ada abi boleh ikut atau tidak. Kalau abi tak boleh ikut, ibu tak hadiri kursus tersebut.
Kalau ada meeting pun di KL, ibu biasanya akan ambil flight pagi di Penang (bermakna ibu kelaur dari rumah pukul 4pg) dan balik semula pada malamnya.. Memang kedengaran penat, tapi demi keluarga, ibu tak rasa kepenatan tersebut. Alhamdulillah, kerana kebanyakan meeting itu dilakukan pada hari Khamis, jadi esoknya jumaat, memang ibu cuti.

2010 menjadikan ibu lebih mendalami tentang penyusuan susu ibu, bukan untuk diri ibu tetpai untuk dikongsi bersama, sebab itu wujudnya blog ini dan juga wujudnya kumpulan sokongan di Alor Setar. Ibu juga sering mendapat email, sms dan juga panggilan telefon dari ibu-ibu menyusu untuk bertanyakan pendapat. Ibu juga berjaya menarik kawan-kawan sekerja ibu menjayakan penyusuan susu ibu, bukan setakat ibu-ibu saja, malah nenek2 pun ada yang mencari ibu untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang susu ibu. Dan ibu juga berterima kasih kepada kak Asniza kerana menjemput ibu menjadi moderator dalam website Ratuhati

Apa lagi ya untuk dikongsi bersama..Alhamdulillah rumah tangga ibu semakin kukuh, ibu dan abi semakin memahami dan kehadiran 2 putera ibu sangat-sangat melengkapi hidup ibu dan abi (tapi ibu dan abi rasa belum lengkap lagi, kami masih menginginkan puteri dalam keluarga kami)

tahun 2011, sesungguhnya ibu mengharapkan yang lebih baik dari 2010. Insya Allah, ibu akan memantapkan lagi kumpulan sokongan di Alor Setar ni. Ibu akan terus menulis dalam blog ibu tentang isu-isu berkaitan keibubapaan dan Insya Allah, sekiranya Allah mengizinkan Julai 2011 nanti ada berita gembira yang ibu ingin kongsikan bersama kawan-kawan ibu. Buat masa ini, biarlah rahsia.




Related Posts with Thumbnails