ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, August 10, 2011

Rentetan Kisah "Kehilangan En Ithnin suami Pn Salwa"

Seperti yang ibu telah tulis dalam entry ini dan ini, suami kepada Salwa telah selamat ditemui di masjid berdekatan rumah mereka. Ibu juga tertunggu-tunggu kisah disebalik kejadian itu.
Salwa dah tulis segalanya di dalam blog dia, boleh lawati blog Salwa cintahati.com. untuk kisah sebenar

Bila ibu baca, memang bergenang air mata ibu. Berat mata membaca, berat lagi bahu memikul.. Terbayang keadaan Salwa membawa 3orang anak mencari ayah mereka. Ibu terbayang membawa Farish, Firas dan Fawwaz naik kereta cari abi keliling taman, tak boleh nak bayangkan.

Tapi disebalik kejadian tersebut, banyak hikmah yang boleh kita renungkan.
Tentu ada hikmah kenapa mereka dipilih untuk melalui pengalaman tersebut. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat.


Tuesday, August 9, 2011

Fawwaz 1 bulan

Alhamdulillah, pejam celik,pejam celik, Fawwaz dah berusia sebulan semalam. Bila dah sebulan, kenalah bawa ke klinik kesihatan untuk check up dan kena inject pastu.

Perkembangan Fawwaz
Berat
lahir:: 3.24kg  1 bulan: 4.3kg

panjang
lahir : 51cm 1 bulan: 55cm

Pastu nurse check semua perkembangan yang terdapat dalam checklist. Alhamdulillah, semua perkembangan normal
Jom layan gambar-gambar Fawwaz

Nak minta didukunglah tu

Boringla tu asyik kena posing, tu dah start melalak

Debab tak saya

Breastfeeding Flashmob 2011

Bestnyer dok layan youtube tentang BF flashmob kat  KLCC. Kalaulah boleh join, sure best, dapat jumpa geng-geng. Jom layan.


Petikan dari TheVideographerz
Flashmob ini diadakan kerana beberapa insiden yang boleh dikatakan mennzalimi hak ibu menyusu yang berlaku di KLCC; di mana ada para ibu yang dihalau / ditegah untuk menyusu semasa berada dalam tempat tertutup seperti di surau/duduk di bench KLCCC walhal ia dilakukan secara sopan dan discreet

Breastfeeding perlu di tekankan sebagai suatu yang normal dan alami.

Adakah anda lebih sanggup baby anda disusukan dalam toilet jika anda sendiri tiada selera untuk makan di tempat kotor sebegitu?berbanding disusukan di tempat umum dalam keadaan aurat terpelihara?



Semoga usaha murni ibu-ibu menyusu Malaysia ini dapat memberi mesej yang jelas kepada awam tentang penyusuan susu ibu ini. 
Sememangnya penyusuan susu ibu adalah mudah dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.

P/S: Seronok tengok Dynaz yang sangat bersemangat bila bercerita tentang BF ni. Suka tengok Kak Kamariah dan Rita yang sangat-sangat bersemangat.
Paling seronok sebab tengok Salwa yang kembali ceria. Mungkin dah jumpa cinta hati dia yang hilang baru-baru ini.

Friday, August 5, 2011

Alhamdulillah, Cinta Hati Kawan Kita Selamat Ditemui

Bangun pagi ibu terus buka FB untuk tengok status kehilangan suami kawan ibu. Mendoakan menemui berita yang menggembirakan.
Dan Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan, suami Salwa selamat ditemui.
Ibu copy paste dari post Siti Al'Izzah dalam FB Rakan Ratuhati


.Alhamdulillah, syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2 terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa...suami saya sihat alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru sedikit (keliru dari sudut masa)...terima kasih kalian....saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan jutaan khayr wa ajrun kabir..

Terima kasih semua...saya sangat tersentuh dengan perhatian kalian yang sungguh saya tak duga.... T_T
terima kasih atas ukhuwwah dan sokongan dari kalian....inshaALLAH akan saya memorikan secara terperinci pada saluran yang tepat...

terbukti, bila kita bergantung harap hanya pada ALLAH....DIA akan cabut segala keresahan dan duka dalam sekelip mata...saya bersujud syukur atas kurniaan ini...Ramadhan ini adalah Ramadhan yang benar2 mentarbiyyah saya...

saya mahu bertemu dengan anda semua, saudara dan sahabat yang ALLAH limpahkan dengan rahmat mawaddah dan rahmah...semua ini anugerah ALLAH...kita tak pernah bertemu namun anda begitu empathy dengan saya....terima aksih....walaupun tak memadai...saya tetap perlu menyebutnya.
..

Alhamdulillah, buat Sal dan keluarga. Mungkin ada rahmat disebalik kejadian ini. Kami menanti cerita disebalik kejadian

Thursday, August 4, 2011

KELEBIHAN KURMA



Semalam di Wanita Hari Ini ada topik membincangkan tentang Khasiat kurma. Menarik. dan ibu ingin berkongsi dengan rakan-rakan ibu tentang buah 1000 khasiat ini.

Tajuk : Khasiat Kurma
Tetamu : Ustaz Mohd Fauzi b. Mustafa
             En .Khairul Amin - Pengedar Kurma (Al-fajr Sdn Bhd)

Isu-isu yang dikupas
Asal usul buah kurma
Rujuk Surah Ar-Rahman ayat 68 yang bermaksud " Di dalam syurga itu ada buah-buahan, ada phon-pohon kurma dan delima"
Maka kurma adalah buah dari syurga seperti juga Air Zam-zam yang berasal dari syurga.
Makanan yang datang dari syurga mempunyai 1001 khasiat.

Kurma menu terbaik
Menurut satu hadis nabi " makanan yang terbaik adalah kurma dan susu" (ibu tak perasan pulak periwayat hadis ini)
Menurut Ustaz Fauzi, semasa berpuasa, gula dalam makanan yang diambil semasa berpuasa hanya bertahan sleama 6jam sahaja. Maka, sebab itu kita akan merasa letih selepas 6jam. Disunatkan berbuka dengan buah kurma kerana kurma memberi tenaga dengan segera.
Gula dalam makanan lain, akan bertukar menjadi tenaga selepas diproses dalam badan selepas 2-3 jam. Tetapi kurma hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk bertukar menjadi tenaga.

Khasiat kurma
Menurut Ustaz Fauzi, kurma ini mempunyai seakan-akan hormon. 2 hormon yang dimaksudkan adalah hormon oksitosin dan estrogen.
Kurma dikatakan mempunyai hormon oksitosin kerana
1. Ianya membantu proses kelahiran
2. Mengurangkan pendarahan dan membantu melancarkan darah nifas
3. membanyakkan pengeluaran susu
4. Melembutkan hati - untuk anak dan ibu bapa
5. Membakar dan menyemarakkan kasih sayang

Estrogen
1 membantu pembinaan tulang
2. mengekalkan struktur payudara
3. menyihatkan kulit, otak, urat saraf
(kiranya untuk kesihatan fizikal)
Kajian di atas dilakukan oleh Saintis yang bernama Jamil Al-Qudsi (kalau tak silap ibu)

Kurma juga dapat membantu mencegah kanser.
Ada satu kajian dilakukan di Gurun Sahara dan didapati penduduk di situ kurang mengalami masalah kanser dan di dapati  rata-rata penduduk di situ menanam kurma dan memakannya. Ini kerana di dalam kurma terdapat mineral selenium dan magnesium yang berupaya mencegah kanser.

Sebenarnya dalam kurma itu sendiri banyak vitamin dan mineral antaranya glukosa, zat besi Vitamin A, Vitamin B, potasium, kalsium, kalium, Riboflavin dan macam-macam lagi (boleh google untuk tengok kandungan kurma)

Banyak hadis juga menceritakan tentang khasiat kurma
Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Menurut Ustaz Fauzi, kurma yang dimaksudkan adalah kurma Ajwa. Sebab tu harga kurma Ajwa sangat mahal kira-kira RM100/kg.


Dan Rasululullah juga pernah bersabda " rumah yang tidak mempunyai kurma, umpama rumah yang tiada makanan"


Boleh tonton WHI di tonton.com


p/s: ibu memang suka kurma, dulu makan time puasa jer, sejak berkahwin dan mengandung dan selepas tu menyusu, ibu memang amalkan kurma. Walaupun tidaklah konsisten makan tiap-tiap hari kecuali bulan puasa.

Related Posts with Thumbnails