ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, July 10, 2011

cerita Dalam labour room 7/7/11- 8/7/2011

Sambung sini pulak...

Contraction rasa makin kerap dan intense. CTG pun macam tak normal. Staff nurse terpaksa beri ibu oksigen, ibu tanya kenapa, dia kata takut baby ada masalah jantung since CTG nampak abnormal. SN minta ibu tidur mengiring supaya boleh meredakan kesakitan. By the time ibu mengiring, setiap kali contraction, ibu ras macam nak meneran. Doktor check OS lagi sekali, baru buka 6cm.. tpai ibu dah rasa gesaan nak meneran yang sangat-sangat. Ibu teran jerlah.. since kali ni tak ambik any painkiller, baru ibu rasa macam mana contraction yang sebenarnya. Time tu CTG pun jadi tak normal juga. SN minta ibu baring semula. Time tu ibu rasa contraction yang sakit, ibu minta boleh tak nak ambil painkiller time ni. SN kata, boleh ambil enthonox, tapi by the time nak letak mask tu, ibu tak reti nak bernafas, gesaan meneran kuat pula. So, SN check dan tengok, kepala baby dah nampak. Terus prepare untuk deliver. Tapi ibu pasti OS tak full, sebab time farish ngan Firas, ibu memang rasa kepala baby betul2 dah kat hujung, dan bila meneran, memang rasa ada benda macam nak keluar. Tapi kalai ni tak pulak, ibu tak rasa kepala baby kat hujung, macam kat dalam, cuma gesaan meneran tu memang dah ada.

So,bila semua ready, dibantu oleh abi, diorang minta ibu teran. Puas ibu teran, tak rasa macam nak keluar pun. Baby pun macam stuck kat situ jer. Sampailah ibu dah tak rasa contraction lagi. Dah tak rasa sakit. Memang susah nak meneran kalau takde ras contraction, diorang pun tahu yang ibu tak sakit, sebab muka cool, siap boleh senyum-senyum lagi. Yerlah, macam mana nak meneran, tak rasa sakit langsung. Abi, ibu nampak mata dah berkaca, dah merah-merah tahan nangis. Last2 doktor terpaksa bagi pitocin drip nak induce contraction balik. Selepas seminit, ibu rasa contraction balik, sepenuh tenaga, ibu push sampai lupa dah teknik meneran (yerlah dulu teran sekali dah keluar), ni dah hilang tenaga dah, dengan dinner kurma 5biji jer, jam pun dah dekat kul 1.00am, mana nak datang tenaga. Tapi bila fikir tentang baby, tengok muka abi yang dahstart nak nangis, ibu paksa juga teran, Alhamdulillah, selepas satu push yang panjang, baby keluar dengan laju, kelam-kabut SN ngan abi kontrol baby keluar. Alhamdulillah, dengar jer suara baby, ibu tau segalanya dah selamat.. Terus rasa bertenaga semula.

Fawwaz sebaik keluar dari rahim ibu


Sambung lagi on next entry..

10 comments:

  1. Tahniah diatas kelahiran kali ini..3heroes :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah ye utk baby boy ni... Slmt bpantang!!

    ReplyDelete
  3. aduhhh..rasa risau plak nak bersalin nanti...tapi tak tau la bila..hehe.. ye la..pengalaman lain2 kan..

    ReplyDelete
  4. Itulah Ayu, setiap anak lain-lain pengalaman. Kali ni pulak memang fully berpantang sendiri. MIL tak dapat datang, dia pun tak berapa sihat.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak.patot la tak dgr cite firas dah..dah ada adik dia rupanya..hehehehe

    ReplyDelete
  6. Yaati, bukan takde cerita Firas.. tapi Farish dok conquer laptop, takleh nak online.

    ReplyDelete
  7. Wahh, bestnya baby baru lg, geram2! Tahniah hana, selamat berpantang dan menyusukan bayi :)

    ReplyDelete
  8. Yatie... Hang baru jer ada baby dah teringin newborn lagi ka?

    ReplyDelete
  9. tahniah atas kelahiran baby boy

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails