ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, July 15, 2011

Di sebalik nama Fawwaz Huzaifah


Dah habis entry pasal kelahiran Tengku muhammad Fawwaz Huzaifah, sekarang ni nak cerita tentang nama dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Fawwaz Huzaifah.

Sebenarnya selepas kelahiran Farish, ibu dan abi bersepakat untuk menyedondonkan semua nama-nama anak ibu dan abi sebagai Tengku Muhammad F....... H......

Nama Farish terilham dari mimpi abi.Haikal ibu tambah sebab nak bagi berirama.. lagipun abi kata macam tergantung jer nama Farish.
Nama anak kedua, abi teringin nak letak Handzalah sebab abi suka sangat dengan lagu Handzalah dendangan kumpulan Rabbani. Sebab Handzalah "H", so kena cari nama awal "F" pula, so terberkenan dengan Firas pula.
Anak ketiga, abi terjumpa dalam sebuah rencana tentang Huzaifah, berkenan pula nama tu, so tugas ibu carikan nama awal "F".. cari punya cari, berkenan dengan nama Fawwaz.

Fawwaz membawa maksud kejayaan/yang berjaya. Insya Allah anak ibu akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Manakala Huzaifah adalah nama sahabat Rasulullah. Beliau juga dikenali sebagai penyimpan rahsia Rasulullah.  Beliau juga menjadi pengintip musuh semasa perang khandak. Boleh baca sirah beliau di beberapa blog ini.
http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/10/12/huzaifah-bin-yamman-wafat-36-h656-m-2/

Kelahiran Fawwaz pun banyak yang kebetulan. Paling kebetulan adalah nombor 1 & 3. Jom kita tengok.
Fawwaz dilahirkan tepat jam 1:03 pada 8/7. (10387)
Tarikh lahir ibu adalah 10378... terbalik 7&8 jer

Fawwaz dilahirkan di dalam labour room 13.
Sijil lahir Fawwaz berakhir dengan nombor 0013..

Banyak sungguh no 3. Mentang-mentang anak ke3 yer.. jangan nanti kahwin 3 dah ler.

2 comments:

  1. akak mmg awal2 dah tau baby boy ke. so da 4th go for baby girl pulak ok. yeay!!!!

    ReplyDelete
  2. Akma, time scan 5bulan tu gynae dah confirm boy. Kalau scan boy, Insya Allah 90% tepat. Tiap kali pregnant(kecuali yang 1st) memang harap girl, tapi rezeki boy, janji sihat.

    Insya Allah, next go for girl. Target 5 orang, biarlah 4th & 5th girl pulak.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails