Hmm.. cerita ini disampaikan oleh puan Suraya Lunatot's semasa SGM baru-baru ni.. Lebih kuranglah cerita dia macam ni
Sebelum kedatangan British, semua bayi disusukan dengan susu badan. Sehinggalah kerajaan British masuk ke
Pembukaan estet telah menyebabkan peluang kerja meningkat. Di samping itu para ibu juga turut bekerja. Apabila seorang ibu bekerja, maka mereka kerap pulang ke rumah untuk menyusukan anak.
Memandangkan ramai pekerja wanita bekerja, maka pihak British telah mereka puting tiruan dari latex (iaitu getah beku)
Apabila mereka kembali ke Tanah Melayu, mereka turut membawa bersama susu tiruan dan juga puting tiruan tersebut. Mereka telah mengatakan bahawa susu ini sebaik susu ibu, maka ibu-ibu bekerja terpengaruh dan terus menggunakan susu tiruan selepas itu. Selepas itu tiada lagi isu ibu-ibu bekerja untuk pulang ke rumah setiap kali bayi ingin menyusu.
Dan pada masa itu pula, kebanyakan kanak-kanak telah menjadi pintar, maka mereka telah membuat hipotesis bahawa, susu tiruan itu lebih baik dari susu ibu. Susu tiruan mampu meningkatkan IQ kanak-kanak.
Walhal, peningkatan IQ kanak-kanak tersebut berubah disebabkan ibu2 itu sendiri sudah bertukar corak sosial mereka. Fikiran mereka lebih terbuka, lebih terdedah kepada dunia luar dan kanak-kanak telah mendapat pendidikan lebih sempurna berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak bekerja.
Hmmm.. begitulah lebih kurang sejarah kemasukan FM ke Tanah Melayu ni.. Tapi sekarang ni tiada isu ibu bekerja untuk menyusukan dengan susu ibu kan..
Semua terletak di tangan dan minda ibu-ibu