ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, June 25, 2010

SGM Alor Setar vol 2

Dah berkurun event ni berjalan, tapi ibu takdan nak buat entry.. Sibuk dan kepenatan menyebabkan ibu tak dapat nak melayari internet bila dah ada kat rumah.. Kat opis pun dah lama tak merayau kat forum..

Maka pada 12hb Jun hari tu, berlangsunglah SGM kali kedua. Sebebanrnya SGM ni diadakan sempena kedatangan Suraya Lunatot's ke Kedah. Alang-alang Sue datang, ibu dan Rini ambik kesempatan buat SGM sekali.

Thanx Rini kerana bagi tumpang rumah ibunya untuk dijadikan lokasi SGM..

Ibu tak banyak ambik gambar, so ibu cilok dari FB Sue sikit dan top up sikit gambar dalam camera ibu..


Antara yang hadir adalah Wan Jamilah, Faradina, Marina, Mardhiah, Maria, Shira, Malina, Rini, Ibu dan tetamu istimewa, Suraya
(tiada dalam gambar- Analina)





Tengok tu semuanya khusyuk mendengar cerita Sue.. Sue pun semangat bercerita..

Perbincangan bermula dengan sesi bersama Sue. Ini sebab puan Sue chantek kita tak boleh lama, sejam jer dia dapat luangkan masa kerana terpaksa bergegas ke Gurun dan kemudian ke Ipoh untuk hadir kenduri.

Maka sesi pertama adalah sesi taaruf. Semasa taaruf ini jugak, Sue turut memberi idea dan pendapat tentang masalah-masalah yang ibu-ibu hadapi.
Antaranya : pengurusan EBM, sukatan EBM, baby reject botol, BF after delivery.

Dan kemudiannya, Sue menyambung tentang topik Sejarah Susu Formula, perbezaan susu manusia dan susu mamalia lain, skandal susu China. (nanti ibu ada masa, ibu akan kupas satu persatu)

Selepas Sue pulang, kami menyambung dengan SGM pulak.
Kali ni topik yang dibincangkan adalah masalah2 penyusuan.
Masalah-masalah penyusuan yang dibincangkan adalah

Selepas itu acara demo babywearing plak. Mula tu acara ni Pah Zarihan yang handle, tapi Pah tak datang.. So bidan terjun Rini dan ibu tolong demo cara pakai RS.

Maka berakhirlah SGM kali kedua ni.. Insya Allah SGM ke3 akan menyusul.. tunggu iklannya nanti..

Monday, June 14, 2010

Imam Muda



Alhamdulillah sekarang dah wujud satu realiti show bercorak islamik di Astro.. Sejak 28 Mei hari tu rancangan Imam Muda ini telah bersiaran di saluran Astro Oasis (channel 106).
Ibu tak dapat nak tengok sangat, kadang-kadang tu smepat gak la tengok Kapsul Imam Muda. Bagus pengisiannya. Semoga bakat-bakant mereka tidak dipersiakan. Inilah generasi yang kita cari. Bukannya yang terkinja-kinja atas pentas tu.

Kesemua calon-calon sejumlah 10 orang ini dipilih dari serata negeri. Dan bakground masing-masing bukan calang-calang. Ada yang dah jadi Ustaz, Tahfiz dan sebagainya.. Syabas Astro.

Dan macam rancangan realiti lain,sure akan ada calon feveret. Ibu pun ada calon feveret. Dan ibu confirm, kalau ada sms sure calon ibu ni akan menang.

Calon ibu ni memenuhi kriteria seorang imam muda. Tak payah kenal pun pun orang dah tau, dialah pemenang imam muda. Sebab apa ibu pilih dia, sebab dia adalah imam paaaaaling muda..

Jom tengok calon yang ibu maksudkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah imam muda ibu.. Farish Haikal berusia 2 tahun 2 bulan. Rajin sembahyang tak kira waktu.. Tapi ibu heran kenapa bila time sujud, imam muda ibu ni mesti sembam pipi, orang sujud, kena sentuh dahi la sayang.
Sekarang ni rajin jadi makmum abi. Tapi bacaan makmum tu lagi kuat dari imam. Ibu selalu tak tahan nak gelakkan imam muda ibu ni.
Sekarang pun dah pandai ambil wudhuk, ikut tertib lagi.
Dan ibu berdoa agar imam muda ibu ni akan sentiasa menjadi imam untuk adik-adik, keluarga dan masyarakat.
Dan ibu juga berdoa agar suatu hari nanti imam muda ibu ni jugaklah akan menjadi imam tatkala jenazah ibu dan abi disembahyangkan


Friday, June 11, 2010

Jangan susahkan Babysitter dengan EBM kita

Hmmm.. banyak kes ibu terbaca ada BS yang takmau handle EBM. Kata mereka,lecehla.
Kadang-kadang leceh tu disebabkan kita yang buatkan mereka rasa leceh.

Waktu mula-mula dulu, ketika pengetahuan ibu tentang pengurusan EBM sangat lemah, ibu hantar frozen EBM dalam bekas dadih kat rumah BS. Bila Farish nak minum, BS kena cairkan frozen EBM dalam bekas dadih tu, pastu transfer masuk dalam botol. Ibu pun tak pasti BS tu suamkan EBM dalam bekas dadih tu atas dalam botol.. Kalau boleh diundurkan masa, mahu saja ibu ketuk kepala ibu ni sebab susahkan BS Farish. Nasib baik Kak Ani tak banyak kisah. Dia ikut jer. ibu puntak tahulah dulu betul ke tak dia uruskan EBM, since ibu sendiri pun tak tau penjagaan EBM ni.

Alhamdulillah, bila dah sebulan hantar kat Kak Ani, barulah ibu terbaca cara-cara pengurusan EBM.. Oooo..ibu dah silap rupanya.

Sebenarnya mana-mana ibu yang baru pun akan mengalami masalah sebegini. Sebab tu orang kata practice make perfect.

Boleh rujuk entry ni pasal pengurusan EBM ibu.

Seelok-eloknya dan mesti dipraktikkan oleh ibu-ibu, sukat EBM secukupnya untuk sekali minum. Letak siap2 dalam botol dan nomborkan mengikut urutan.
BS akan rasa mudahnya menyediakan susu buat baby kita. BS cuma buka fridge (kalau dia tumpangkan fridge dia), amik botol, letak puting dan suamkan (rendam dalam air suam atau guna warmer).. siap..

Ibu sebenarnya bekalkan tiap2 hari fresh EBM. Ibu jarang sangat guna frozen EBM kecuali after weekend sebab tak buat stok time weekend.
Kat opis, ibu perah dan simpan per botol cukup2 amaun per feeding. Kalau dulu, ibu pam masuk botol, esoknya, ibu transfer ke dalam botol mengikut amaun penyusuan.
Sekarang ni ibu akan pam dan simpan ikut amaun penyusuan terus. Maknanya per botol ibu hanya akan pam sampai 3.5oz jer.

Kenapa?
Kerana, bila susu dalam keadaan sejuk, akan terbentuk paisan lemak kat atas dia. Kadang tu bila kita transfer, lemak tu melekat jer kat botol, rugi pulak sebab tak boleh nak korek lemak tu.
So kalau dah simpan cukup2, lemak pun tak terbuang dan baby akan dapat lemak tu bila dia minum EBM

Tengok kat bahagian atas tu kan melekat lemak2 dia. Kalau transfer masuk botol lain, lemak tu tak ditransfer. Rugi kan..

Apa sebenarnya maksud entry ni yer? Sebananrnya ibu nak sampaikan jangan kita susahkan BS kita. Buatkan semua benda mudah buat BS.

Tuesday, June 8, 2010

Barangan Bayi yang amat jarang ibu guna

Biasalah bila dapat 1st baby, segala mak nenek ibu nak beli. Excited la katakan. Masuk anak kedua dah tak pikir nak shoping dah barang-barang sebab boleh guna turun temurun. Kali ni ibu nak cerita barang-barang yang ibu beli time Farish, sampai kat Firas dah jarang dan ada tu tak guna langsung dah.

Barang Pertama
Baby cot
Baby cot ni masuk dalam senarai wajib beli. Farish memang tido dalam baby cot sampai usia 7 bulan. Baby cot ibu rapatkan ke katil, so bila Farish terjaga nak menyusu, ibu angkat Farish dan susukan pastu letak balik dalam baby cot (kadang tu ibu tertido dan Farish pun tido sebelah ibu jer). Masuk 7 bulan, Farish jatuh katil dan abi decide nak cabut katil tinggal tilam jer. Start dari situ, Farish dah tak tido atas baby cot, sebab ibu dah tak larat nak bangun angkat Farish.

Firas, guna baby cot sampai 3 bulan lebih jer. Itupun time siang jer kalau Firas kat ruang tamu. Malam atau tido time siang, Firas tido atas tilam dalam bilik jer. So, baby cot tu tersadai jer, dan jadi tempat letak barang3 especially baju2 yang dah kering tapi belum berlipat. hahaha!

Barang kedua
Bouncer
(gambar atas tu ehsan googles. ibu search gambar Farish dlaam bouncer dah hilang pulak)
Bouncer ni beli sebab tengok ramai guna bouncer untuk ganti buaian. Ibu pun gatai beli. Time Farish ada gak guna untuk tidokan Farish sampai 4-5 bulan. Pas Farish dah pandai bergolek, tak guna dah. Guna juga bila nak bagi Farish makan time 6-7 bulan dulu.

Firas, langsung tak guna. Ada dalam bilik stor.. Tak guna sebab Firas mudah tido, takyah bouncer-bouncer ni.

Barang ketiga
Stroller
Ni pun masuk senarai wajib beli. Time Farish memang guna bila gi jalan-jalan. mudahla kononnya sebab takyah nak berdukung. Tapi sampai satu masa, Farish takmau dok lama dalam stroller. Bila dia pandai duduk, tak bawak stroller dah sebab time shopping, letak dia dalam troli jer. Selebihnya berdukung.

Firas... guna time hari jumaat pagi, time ibu sedang bersenamrobik. Sebabnya time tu abi akan bawa Farish dan Firas 'berjoging' pusing taman rimba tu. Selebihnya, Firas akan ber'baby wearing'.. kenapa ibu tak jumpa babywearing ni time Farish dulu yer.

Brang keempat
Walker
Walker ni ibu memang takmau beli sebab tak nampak keperluan dia. Tapi abi nak beli jugak sebab tengok cute jer baby letak dalam walker. So ibu pilih walker yang boleh convert tayar dia ke atas. Farish guna walker time ibu tengah masak dan juga sebagai entertainment untuk Farish. Tapi Farish ni, walaupun tayar dia dah berpusing ke atas, laju gak dia menyeret walker tu.

Firas, dok dalam walker adalah 5x jer kot. Itupun time ibu nak bagi makan sebab Firas belum boleh duduk time 6 bulan tu. Tapi masuk 7 bulan, Firas dah boleh duduk, walker tu pun tersadai kat bilik stor jugak. lagipun ibu takut nak guna sebab nanti Farish excited nak tolak Firas dalam walker.

Itulah antara barang yang ibu beli tapi amat jarang diguna.. tak beli pun takper rasanya.

Tapi barangan baby yang sangat2 ibu guna adalah car seat. Ini memang wajib ada ya bila baby dalam kereta.

Sunday, June 6, 2010

Masalah Penyusuan: Low milk Supply



Low Milk Supply atau kurang susu adalah salah satu lagi masalah penyusuan yang ibu-ibu hadapi.
Check cheklist kat bawah ini sama ada ibu-ibu betul-betul mengalami kurang susu atau perkara lain.
1. bayi menyusu terlalu kerap -> mungkin bayi mengalami growth spurt ataupun hanyalah pattern penyusuan bayi
2. bayi meragam -> mungkin bayi kembung
3. Payudara ibu lembut dan tidak berasa penuh -> payudara penuh biasanya berlaku pada hari ke3 hingga hari ke14 selepas kelahiran, sebelum dan selepas waktu itu biasanya payudara bersifat lembut
4. tidak mengalami kebocoran susu pada payudara - > sesetengah ibu tidak mengalami kebocoran tetapi mempunyai kuantiti susu yang banyak
5. ibu tidak merasa milk ejection reflex /letdown reflex -> normal
6. bayi menyusu sekejap sahaja - > bayi telah sukup kenyang
7. sekiranya disuakan botol bayi terus menghisap -> untuk bayi yang baru lahir itu adalah tindakan reflex.

Punca-punca kurangnya susu adalah seperti berikut:
1. Memberikan formula, jus dan memperkenalkan solid food terlalu awal menyebabkan bayi kurang menyusu dan mengurangkan bekalan susu
2. Posisi penyusuan dan lekapan yang tidak sempurna membawa kepada penyusuan tidak berkesan dan menyebabkan bekalan susu berkurangan
3. Niple confusion
4. Penggunaan puting tiruan dan menghisap jari ; kedua-duanya menggantikan hisapan bayi pada payudara
5. penggunaan nipple shield; mengganggu proses stimulasi saraf dan menghadkan isyarat ke otak untuk penghasilan susu.
6. bayi tidur lama (sleepy baby)
7. menyusu terllau singkat: bayi belum puas menyusu, ibu sudah memberhentikan penyusuan
8. ibu hanya menyusu pada sebelah payudara shaja
9. merokok boleh mengganggu milk ejection reflex dan paras prolactin
10. sesetengah herba dan ubat-ubatan boleh mengurangkan susu ibu
11. ibu tidak mengambil minuman dan makanan selengkapnya dan secukupnya
12. perancang kehamilan ; sesetengah perancang kehamilan boleh mengakibatkan pengurangan susu ibu. Bincang dengan doktor sebelum mengambil perancang keluarga
13. Ibu mungkin mengandung semula

Penyelesaian yang mungkin
1. skin-to skin contact
2. periksa posisi dan teknik lekapan yang betul
3. berikan bayi menghisap pada kedua-dua payudara
4. pastikan bayi menghisap dengan betul
5. berikan bayi susu ibu semata-mata, elakkan pemberian susu formula ataupun supplement
6. ibu perlukan rehat yang cukup, makanan yang seimbang.

Related Posts with Thumbnails