Dilahirkan pada 5 April 2008, dengan tempoh kandungan baru 36minggu waktu itu. Farish dilahirkan secara induce sebab air ketuban dah leaking dan uri dah matang time tu. Farish dilahirkan secara normal dengan berat lahir hanyalah 2.48kg jer. Kecikkan Farish.. Tapi pengalaman melahirkan Farish amat mudah.
Tengoklah Farish time selepas dilahirkan..
Dan disebabkan tubuh Farish yang kecik ni, dia memang senang terdedah dengan risiko jaundis. Masuk hari ke4, jaundis Farish dah sampai TSB 10, hari ke5 naik 12 dan terus kena admit. Tapi Farish anak yang kuat, kena phototx tak smapai 24jam, dah discharge.
Atas kesilapan aku n hubby yang masih 0 knowledge dan dengar macam2 petua, aku n hubby telah berikan Farish susu kambing untuk kurangkan jaundis, dan akibatnya Farish kena sepsis pada hari ke9 dan kena admit wad lagi sampai hari ke14.. Kesian sangat tengok Farish, dan aku kena berulang alik setiap hari ke hospital untuk menyusukan dan menghantar EBM kepada Farish..
Dan Alhamdulillah, selepas itu perkembangan Farish amat memberangsangkan. Dari bulan ke bulan berat dia makin meningkat dan menjadi anak yang sangat montel.. Itulah penangan susu ibu.. Ya! Masuk bulan ke3, aku menyusukan Farish secara exclusive. Tengoklah gambar2 Farish yang montel2 ni.
Dan kini Farish telah berusia setahun 6 bulan.. Perkembangan dia aku katakan seperti kanak2 lain. Cuma pertuturan dia agak lambat.. Sekarang ni pertuturan dia yang paling jelas
Bu= ibu
Mak=mak
ayah
naknak
tek = tetek
dek=adik
dan juga mempunyai pelabagai bunyi bermakna untuk melabelkan benda.
Tapi kau tak risau sangat sebab kemahiran pra-pertuturan, kemahiran bahasa reseptif, kemahiran sosial cognitive level dia adalah advance...
Dan semoga Farish akan membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi abang yang baik dan penyayang kepada adik-adiknya..
No comments:
Post a Comment
Apa Komen anda?