"Deep latch Technique" dapat membantu bayi menyusu dengan lebih mudah. Ini dapat menghalang puting daripada luka atau melecet.
Ingat: menyusu sepatutnya tidak menyakitkan. Puting melecet bermakna bayi perlu melekap dengan lebih mendalam.
1. Pegang payudara dengan ibu jari dan jari tengah anda berada pada hujung areola membentuk "C" (football hold) atau "U" (cross cradle hold). Tekan payudara dengan menggunakan jari dan ibu jari.
2. Apabila meletakkan bayi ke payudara, sokong kepala bayi dengan tangan, ibu jari berada pada sebelah telingan manakala jari kelingking berada bagi telinga sebelah lagi. Pastikan tapak tangan memegang leher bayi. Dongakkan sedikit kepala bayi.
3. Dengan kepala bayi sedikit mendongak, angkat kepala bayi dan sentuh puting anda. Puting seharusnya berada pada bahagian bibir atas bayi. Tunggu sehingga bayi membuka mulut dengan luas, kemudian sua payudara anda ke mulut bayi dengan meletakkan pada bahagian bawah bibir. Sekarang angkat sedikit kepala bayi ke hadapan dan letakkan puting anda di belakang rahang atas bayi. Tekan payudara dengan ibu jari anda supaya puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
4. Tunggu beberapa saat, kenudian lepaskan tekanan payudara anda. Sekiranya hidung bayi tertekan dengan payudara anda, dongakkan sedikit kepala bayi agar anda dapat melihat lubang hidung bayi. Ketika ini tidak perlu menekan payu dara anda lagi.
Nota kaki : Sekiranya kepala bayi terlalu kebawah dan kehadapan, bayi tidak dapat meletakkan rahang bawah dengan betul di bawah areola. Keadaan ini menyebabkan berlakunya puting melecet, luka dan sebagainya.
Deep Latch technique ini boleh digunakan dalam apa keadaan posisi menyusu, tetapi sebaiknya anda duduk dalam keadaan tegak dan gunakan bantal untuk menyokong belakang anda dan juga bayi.
Sumber : terjemahan dari artikel Kellymom.com
No comments:
Post a Comment
Apa Komen anda?