APA ITU BENGKAK SUSU?
Bengkak susu adalah istilah yang diberikan oleh orang lama2. Bengkak susu ataupun payudara bengkak ataupun breast engorgment.
Bengkak susu ni biasa berlaku pada hari 3-6 selepas kelahiran apabila peningkatan dalam pengeluaran susu ibu bertambah . Payudara akan kelihatan menjadi lebih besar,penuh, berat daripada biasa dan kadangkala menyebabkan kesakitan pada payudara. Ini adalah petanda bahawa hormon prolaktin sudah mula berfungsi dengan berkesan (untuk menghasilkan susu baru apabila payudara dikosongkan). Biasanya pembengkakan payudara yang normal tidak menyakitkan dan bayi masih boleh menyusu dengan baik.
Walaupun begitu sekiranya bengkak susu tidak ditangani segera, pembengkakan akan menjadi serius, dan kesannya :
*payudara menjadi sangat tegang dan kelihatan berkilat,
*payudara terasa hangat, berdenyut-denyut
*bayi sukar melekap dengan baik,
*kadangkala terasa sakit sehingga ke bawah ketiak,
*puting tersumbat, pengaliran susu tidak lancar,
*boleh menyebabkan ibu demam.
Bagaimana mengelak bengkak payudara?
a)Susukan bayi sekerap mungkin iaitu 10-12 kali dalam tempoh 24 jam, bermakna setiap 2-3 jam sekali termasuk pada waktu malam.
b) Penyusuan “on demand” iaitu menyusu pada bila-bila masa yang bayi mahu. Tetapi sekiranya bayi asyik tidur, kejutkannya dan susui dia pada selang masa 2-3 jam sekali.
c)Biarkan bayi ”menghabiskan susu” pada sebelah payudara sebelum menawarkan payudara yang satu lagi. Jangan bertukar-tukar payudara sepanjang bayi menyusu.
d)Pastikan lekapan bayi betul untuk memastikan penyusuan berkesan.
e)Pastikan posisi bayi menyusu dalam keadaan selesa, tidak menyakitkan ibu dan tidak menekan mana-mana bahagian payudara.
f)Sekiranya bayi tidak mahu menyusu atau menyusu sekejap-sekejap dan payudara masih berbaki susu, perah atau pam susu untuk mengekalkan penghasilan susu dan mengelakkan pembengkakan.
g)Elakkan menggunakan bra yang agak ketat dan menekan mana-mana bahagian payudara kerana ini boleh menyebabkan saluran susu tersumbat dan mastitis.
Bagaimana menangani bengkak susu?
1. Sebelum menyusu
-buat urutan lembut pada payudara dari atas menghala ke puting
--tuam sejuk payudara selama beberapa minit
mandi dalam pancuran shower air suam sebelum menyusu untuk melancarkan pengaliran susu (tetapi jgn halakan pancuran terus ke payudara)
-elakkan tuam panas terlalu lama pada payudara sekiranya pembengkakan sangat serius kerana ia boleh menyebabkan keradangan dan pembengkakan menjadi lebih teruk
-sekiranya bayi sukar melekap pada payudara kerana puting menjadi leper akibat pembengkakan payudara, perah/pam sedikit susu sebelum bayi menyusu
2. Selepas menyusu dan antara waktu menyusu
-jika bayi sudah kenyang dan berhenti menyusu tetapi payudara masih terasa berat dan ibu rasa kurang selesa, perah/pam payudara untuk mengeluarkan “semua” susu yang masih ada
perahan menggunakan tangan adalah lebih baik kerana ia melancarkan perjalanan susu sepanjang duktus susu; atau gunakan pam dengan kadar sedutan paling rendah untuk mengelakkan kerosakan tisu payudara
-buat urutan dari atas menghala ke puting semasa memerah susu
-tuam sejuk payudara (menggunakan ice packs) selama selang masa 20 minit
-tuam dengan kobis sejuk juga boleh membantu menyusutkan bengkak payudara
-berjumpa doktor untuk rawatan jika pembengkakan terlalu teruk
Sumber: momschoice.com
No comments:
Post a Comment
Apa Komen anda?