Hunger cue adalah kiu yang diberikan oleh bayi sekiranya bayi lapar.
Bayi seharusnya disusukan apabila mereka memberikan tanda2 lapar. Tangisan merupakan indikator lapar yang terakhir. Menyusu akan lebih mudah sekiranya ibu dapat mengenalpastu tanda2 awal kelaparan.
Kiu2 kelaparan adalah:
A) Tahap awal
- mengecap dan menjilat bibir
- menganga dan menutup mulut
- Menghisap bibir, lidah, tangan, jari, mainan ataupun kain
B) Tahap aktif
- menghisap atau menjilat dada sesiapa yang mendukungnya
- berusaha untuk meletakkan diri untuk proses penyusuan, sama ada cuba melentang atau menarik baju anda
- tidak mahu duduk diam, mengeliat tanpa henti
- memukul anda pada lengan atau dada berkali2
- merengek atau bernafas dengan cepat
c) Tahap Akhir
- menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan
- menangis
Bayi akan sentiasa tidur pada siang hari. Perlukah dikejutkan untuk menyusu?
Ya! Bayi perlu dikejutkan untuk menyusu. Bayi perlu disusukan apabila memberikan kiu lapar dan sepatutnya disusukan setiap 2 jam pada siang hari. Apabila bayi sudah mendapat pertambahan berat yang ideal (sekurang-kurangnya 4aun setiap minggu, untuk bayi di bawah 4 bulan), anda boleh untuk tidak mengejutkan bayi ketika tidur dan pantau kekerapan menyusunya.
Bayi saya tidur lama di waktu malam. Perlukan saya mengejutkannya untuk menyusu?
Sekiranya bayi anda berusia kurang dari 4 minggu, adalah baik untuk anda mengejutkannya setiap 4-5 jam untuk disusukan. Sekiranya bayi anda telah mencapai 4 minggu, anda boleh benarkan bayi tidur selama mungkin seandainya kekerapan membuang air kecil, air besar dan peningkatan berat selari dengan perkembangan bayi normal.
Bayi saya suka menghisap jari. Adakah itu tanda2 dia lapar?
Menghisap jari bukanlah satu2 kiu lapar. Sekitar usia 6-8 minggu, bayi mula pandai mengawal tangan dan jarinya dan suka memasukkan ke dalam mulut. Ianya juga adalah biasa untuk bayi menghisap jari dan tangan apabila gusi mereka sudah bersedia untuk proses pertumbuhan gigi.
No comments:
Post a Comment
Apa Komen anda?